Thursday, June 18, 2015

CIRI-CIRI BARU FROG VLE JUN 2015


         Frog VLE telah dipertingkatkan dengan cirri-ciri baru, Penambahbaikan ini dihasilkan untuk menjadikan Frog sebagai sistem atas talian yang mampu memberikan perkhidmatan yang lebih baik dan mesra pengguna.

Kesemua penambahbaikan yang tersenarai dibawah talah dikemaskinikan pada bulan jun 2015. Segala penambahbaikan dapat dilihat oleh setiap pengguna apabila mereka akses masuk ke VLE dengan ID 1BestariNet masing-masing.

Berikut adalah gambaran keseluruhan penambahbaikan Frog Vle:

Impak kepada pelajar:

  • Frog Timelines - Apabila pengguna akses masuk ke dalam Frog VLE, paparan yang pertama adalah Frog Timelines yang merupakan sebuah platform media sosial yang menyerupai facebook. Dashboard pengguna mesih boleh diakses melalui Dashboard Switcher yang terdapat dibahagian atas Site VLE.
  • Penambahan Site - Pelajar kini boleh memuat turun site atau bahan pembelajaran Frogstore.
  • Perkongsian Folder - Pengenalan fungsi “Shared Folder” membolehkan pengguna berkongsi fail, Site dan bahan pembelajaran dengan pengguna lain.


Impak kepada guru

  • Markbook Baru  - Guru boleh memantau perkembangan akademik pelajar mereka dengan lebih mudah menerusi fungsi baru ini.
  • Assignments - Wajah baru cirri ini memudahkan guru untuk mengenalpasti tugasan atau kerja rumah yang belum ditanda.
  • Mathematics - Ciri baru ini membolehkan penggunaan symbol Matematik di dalam laman Frog VLE
  • Site Rules - Ciri baru ini membolehkan guru menentukan siapa yang boleh melihat bahan-bahan-bahan tertentu dalam site yang dibina.
  • Analisis - Penambahbaikan terhadap fungsi ini membolehkan Frog Admin memperolehi maklumat dengan lebih terperinci dan mudah.
  • Ciri baru Walls dan Forums - Guru kini boleh melihat perbincangan pelajar dalam Walls dan Forums  dengan dengan lebih dekat melalui “Shows to others” dan “Show/Hide all Posts”
  • Pembinaan Site - Para guru boleh membian site dengan menggunakan widget Frog VLE, Site yang siap dibina boleh diterbitkan di internet.

Untuk maklumat terperindi tentang ciri-ciri dan fungsi terbaru Frog VLE. Sila kunjungi Learn Centre di pautan http://frogasia.com/learncentre/?page_id=1422


YTL COMMUNICATIONS SDN BHD






PANDUAN CIRI-CIRI BARU


No comments: