Friday, March 12, 2010

Piagam Pelanggan


PIAGAM PELANGGAN
PUSAT KEGIATAN GURU BATU 38

Kami warga Pusat Kegiatan Guru Batu 38 adalah komited kepada perkhidmatan yang cekap, berkesan dan profesional, pengeluaran produk yang bermutu tinggi dalam bidang teknologi pendidikan yang dapat memenuhi keperluan dan kepuasan hati pelanggan dengan menitik beratkan penambahbaikan yang berterusan.

Kami dengan penuh tekad dan iltizam berjanji akan memastikan pelanggan berpuas hati dengan perkhidmatan diberikan:


1.   Menyampaikan maklumat Program Pendidikan yang terkini melalui pelbagai media yang berkualiti tinggi terbitan Bahagian Teknologi Pendidikan dan rangkaian;

2.   Memberi khidmat nasihat kepakaran dengan cekap dan mesra dalam bidang : 
       - Teknologi Pendidikan
       - Media Pendidikan
       - Pengurusan Pusat Sumber Sekolah
       - Teknikal peralatan ICT
       - Penghasilan bahan sumber PdP;

3.   Mengambil tindakan terhadap aduan (Meja Aduan Aras 1) berkaitan progran inisiatif ICT dan Teknologi Pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia dalam tempoh (2) dua hari bekerja;

4.   Khidmat nasihat kepada sekolah ahli untuk mencapai tahap minimum (3) tiga bintang penarafan sekolah bestari melalui Smart School Standard Qualification (SSQS) dan Indeks Kualiti Pengurusan Pusat Sumber Sekolah (iQ-PSS); dan

5.   Memberikan kemudahan penggunaan dan peminjaman bahan, peralatan dan ruang di Pusat Kegiatan Guru.




No comments: