Wednesday, October 6, 2010

Kembara Buku 1 Malaysia

Pada 28-30 september 2010 daerah Sabak Bernam telah terpilih untuk melaksanakan Program Kembara Buku 1 Malaysia anjuran Majlis Buku Kebangsaan Malaysia. Program tersebut telah berlang di Pusat kecemerlangan Pendidikan daerah Sabak Bernam.  Program sumbangan buku ke sekolah-sekolah terpilih telah menjadi satu agenda tetap bagi Majlis Buku kebangsaan sebagai satu langkah pengembangan budaya membaca di kalangan pelajar.  Program tersebut bertujuan  membantu sekolah-sekolah yang menghadapi kekurangan koleksi bahan rujukan di Pusat Sumber Sekolah, melalui aktiviti sumbangan buku yang melibatkan penerbit-penerbit buku di Malaysia.

 
Antara Matlamat program ini ialah :
i.                      Menarik minat murid membaca melalui aktiviti budaya membaca dan pelbagai aktiviti sampingan seperti pencarian maklumat di lokasi-lokasi yang dikenalpasti.
ii.                    Memberi pendedahan kepada guru-guru mengenai aktiviti bidang penulisan dan penerbitan buku supaya akan lahir penulis muda dalam kalangan guru untuk diketengahkan.
iii.                  Memberi peluang mewujudkan kolaborasi antara pihak  industry buku dengan sekolah dan masyarakat melalui aktiviti perbukuan.
iv.                  Memberi pendedahan mengenai bidang penterjemahan kepada guru-guru
Seramai lebih kurang 90 orang pelajar dari 11 buah sekolah  yang teridir dari 5 buah sekolah menengah dan 6 buah sekolah rendah terpilih mengikuti program tersebut.  Selain dari aktiviti yang dijalankan di Pusat Kecemerlangan Pendidikan, peserta-peserta dan guru pengiring juga telah dibawa melawat ke beberapa lokasi menarik seperti Pusat Sejarah Lubuk Pusing, Sambutan Majlis hari haraya Kampong Batu 23 Sg Nibong,  Industri  Kecil penghasilan Kerpek dan Balai Cerap Negara di Sg Lang.

tazkirah
aktiviti rakan pembaca

sebahagian daripada guru terlibat dalam sesi ceramah
melawat tempat bersejarah di Kg Lobok Pusing

IKS dan Balai Cerap Negara

Para peserta juga berpeluang mendengar ceramah dari seorang tokoh penulis yang tidak asing lagi iaitu  Dr Anuar Ridwan. Majlis penutup telah diserpurnakan oleh Timbalan Pegawai Pelajaran Daerah Sabak Bernam Tn Hj Mokhtar bin Manijo.  Turut hadir menyerikan majlis penutup program ialah Pengarah MBKM  dr Azmi Shukri, Penolong Pengarah Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Selangor Pn Nik Asma Nik Ahmad dan Pengarah Progran Asia foundation En Haziq Hasri.

majlis penutup program di Dewan Tun Abdul Razak
VIP yang hadir menyerikan majlis penutup

No comments: