Friday, May 8, 2015

GURU MUDA 1 MALAYSIA (GM1M)


MAJLIS PELANCARAN PROGRAM GM1M DALAM VIRTUAL LEARNING ENVIRONMENT (VLE) FROG SEBAGAI PLATFORM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN



Sukacita dimaklumkan bahawa pihak YTL Communications Sdn Bhd dan FrogAsia Sdn Bhd dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di bawah program 1BestariNet akan menganjurkan Majlis Pelancaran Program Guru Muda 1Malaysia (GM1M) Dalam Virtual Learning Environment (VLE) Frog Sebagai Platform Pengajaran dan Pembelajaran.
Objektif program ini adalah untuk membantu melonjakan transformasi pendidikan negara dengan mengukuhkan profesion perguran di Malaysia. Sesi latihan interaktif akan disediakan untuk guru-guru muda di bawah usia 40 tahun dalam menggunakan teknologi Frog VLE dalam pengajaran dan pembelajaran.
Melalui program ini, guru-guru muda yang terlatih bukan sahaja berupaya membimbing murid-murid dengan lebih efektif, tetapi juga akan berkongsi kemahiran yang dipelajari bersama guru-guru lain.
Program ini akan dirasmikan oleh YBhg. Dato’ Sri Dr. Khair bin Mohamad Yusof, Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Kementerian Pendidikan Malaysia  dan majlis ini akan diadakan pada 24hb Mac 2015 bertempat di Grand Ballroom, Hotel Casuarina @ Meru, Ipoh, Perak



APAKAH GURU MUDA 1 MALAYSIA (GM1M) ?






Projek 1Bestarinet ini merupakan projek yang amat penting. Ia bertujuan untuk merapatkan dan menghubungkan jurang digital yang wujud. Kita ingin memberikan akses kepada sumber pembelajaran bertaraf dunia kepada semua pelajar di Malaysia. Adalah menjadi hak mereka untuk diberi pendedahan yang secukupnya terhadap pengalaman pembelajaran di abad ke 21.


KPI Pihak Kementerian Pendidikan Malaysia 


  • Setiap guru muda akan mengajar satu kelas menggunakan Frog VLE sekurang-kurangnya sekali seminggu. Pelajar mesti log masuk dan berinteraksi dengan platform pembelajaran ini.

  • Setiap guru muda akan melatih sekurang-kurangnya empat oran guru lain untuk menggunkan Frog VLE. Empat orang guru tersebut akan mengajar empat kelas yang berlainan menggunakan Frog VLE sekurang-kurangnya sekli seminggu. Pelajar mesti log masuk dan berinteraksi dengan platform pembelajaran ini.









Pautan Google+ FrogAsia: http://bit.ly/GuruMuda1M




No comments: