Friday, October 8, 2010

Majlis Hari Raya dan jamuan Perpisahan 2010

Kemeriahan Syawal masih dirasai walaupun bulan Zulkaedah bakal menjengah. Namun untuk mengambil keberkatan bulan Syawal dan demi menjalin silaturrohim sesama ahli pkg, PKG Daerah Sabak Bernam telah mengadakan Majlis Sambutan  Hari Raya 2010 bertempat di PKG Sabak Bernam pada 1hb Okt 2010.


Majlis didahului dengan ucapan pengerusi sdra Mohd Ngasri Hamdani Ketua PTP PKG Pasir Panjang dan bacaan doa oleh En Fakrul Arifin Mohammad Yunos PTP PKG Sg Air Tawar bagi memperolehi keberkatan majlis dari Allah swt.


Turut hadir bersama ialah Pn Rohani Marjunid, Ketua Unit Teknik Vokasional dan En Mohd kairie Sharif Pegawai Aset dari Pejabat Pelajaran Daerah Sabak Bernam.
Majlis diteruskan dengan ucapan perasmian oleh Tn Haji Ghazali Ismail Ketua PTP Daerah Sabak Bernam. Beliau mengalu-alukan kehadiran semua tetamu dan merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada semua staf yang terlibat bagi menjayakan Majlis ini.

Majlis tersebut juga merupakan majlis 2 dalam satu iaitu Majlis Sambutan Hari Raya dan Majlis perpisahan Penolong PTP PKG Pasir Panjang, Ustaz Subhan Sulaiman yang telah bertukar ke SJKC Kian Sit Sekinchan. Majlis juga diserikan dengan persembahan Vedio klip Ustaz Subhan sewaktu bertugas di PKG. Semua Staf mengucapkan tahniah dan mendoakan semuga berbahagia dan bergembira bertugas di tempat baru. Sesungguhnya pemergian beliau adalah satu kehilangan besar kepada PKG Daerah Sabak Bernam amnya dan PKG Pasir Panjang khasnya.


Majlis diakhiri dengan pemberian duit raya kepada anak-anak staf.

Anugerah Khas :

staff paling anggun


keluarga paling anggun

No comments: