BIODATA
Nama : Haji Ghazali bin Ismail
Tarikh Lahir : 8hb.
Januari 1956
Tempat Lahir : Kg. Parit
Baharu Baroh, Sabak Bernam
PENDIDIKAN
SK Parit Baharu, Sg. Air Tawar (1963-1968)
SMK Munshi Abdullah, Sg. Air Tawar (1969-1972)
SMK Tunku Abd Rahman Putra, Sabak bernam (1973-1974)
Maktab Perguruan Ipoh Baru, Perak (1977-1979)
KERJAYA
SK Alor Keladi, Besut, Terengganu (1979-1983)
SK Batu 38, Sabak Bernam (1984-1991)
PKG Batu 38, Sabak Bernam (1992-2001)
SK Sekendi, Sabak Bernam (2002-2004)
PKG Batu 38, Sabak Bernam (2005 - 8/1/2014)"Doa Pengharapan Kami titipkan untukmu sahabat."
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ
الرَّحِيْمِ
اَلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ
الْعَالَمِيْنَ, وَالصَّلاَة
ُوَالسَّلاَمُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ
أَجْمَعِيْنَ
Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
Dihari yang mulia dan barakah ini, kami menadah tangan menzahirkan rasa
kesyukuran atas iradat dan qudrat-Mu, yang telah menentukan dan mengizinkan
kami untuk berhimpun pada petang yang berbahagia ini, dalam Majlis Lautan Kasih
Sekalung Budi bagi meraikan persaraan Tuan Haji Ghazali bin Ismail yang akan
menamatkan perkhidmatannya pada hari ini.
Ya Allah kami bermohon agar Engkau terimalah segala pengorbanan dan usaha
gigih yang telah dicurahkannya selama ini. Engkau berkatilah hidupnya, Engkau
murahkanlah rezekinya serta kurniakanlah kepadanya Ya Allah kesihatan yang baik
agar hambaMu ini dapat meneruskan sumbang baktinya kepada agama bangsa dan
Negara.
Kami sedar Ya Allah bahawa kami adalah hamba-hambaMu yang lemah. Kami
tidak berupaya untuk mengelak diri dari melakukan kesalahan, kesilapan dan dosa
kepadaMu sama ada secara sedar ataupun tidak sedar, dari itu Ya Allah
seandainya sepanjang perkhidmatan kami khususnya saudara kami ini terdapat
perlakuan dan tingkah laku yang mengundang kemurkaanMu, maka ampunkanlah kami
Ya Allah. Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
Ya Allah YaRahman Ya Rahim.
Disini juga kami berharap kepadamu agar Engkau kurniakan kecekalan,
ketabahan, kesabaran dan rasa tanggungjawab kepada kami hamba-hambaMu yang
masih berkhidmat ini supaya kami dapat menerus dan menjalankan tugas-tugas kami
dengan baik dan sempurna.
Ya Allah, Ya Zal Jalali Wal Ikram,
Jadikanlah kami Ya Allah, dalam kalangan hamba-hamba-Mu yang beriman dan bertakwa. Jauhkanlah kami Ya Allah, daripada melanggari perintah-Mu. Kurniakanlah kepada kami kesihatan yang berpanjangan, kesejahteraan yang sempurna, fikiran yang waras, minda yang cergas, rezeki yang halal, zuriat dan generasi yang beriman serta kurniakanlah kepada kami segala kebaikan di dunia dan juga di akhirat serta jauhkanlah kami dari azab api neraka.
Jadikanlah kami Ya Allah, dalam kalangan hamba-hamba-Mu yang beriman dan bertakwa. Jauhkanlah kami Ya Allah, daripada melanggari perintah-Mu. Kurniakanlah kepada kami kesihatan yang berpanjangan, kesejahteraan yang sempurna, fikiran yang waras, minda yang cergas, rezeki yang halal, zuriat dan generasi yang beriman serta kurniakanlah kepada kami segala kebaikan di dunia dan juga di akhirat serta jauhkanlah kami dari azab api neraka.
اَللَّهُمَّ اجْعَلْ جَمْعَنَا هَذَا جَمْعًا
مَرْحُوْمًا، وَتَفَرُّقَـَنَا مِنْ بَعْدِهِ تَفَرُّقاً مَعْصُوْمًا، وَلاَ
تَجْعَلِ اللَّهُمَّ فِيْنَا وَلاَ مَعَنَا وَلاَ مَنْ يَتْبَعُنَا شَقِيًّا وَلاَ
مَطْرُوْدًا وَلاَ مَحْرُوْمًا
رَبَّنَا
ءَاتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَة ً وَفِي الأَخِرَةِ حَسَنَة ًوَقِنَا عَذَابَ
النَّار
وَصَلَّى اللهُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ، وَالْحَمْدُلِلَّهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ
وَصَلَّى اللهُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ، وَالْحَمْدُلِلَّهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ
2 comments:
Boleh dapatkan no telifon haji ghazali x
Boleh hubungi Pejabat PKG Batu 38 di talian 03-32163070
Post a Comment