MEMUPUK MINDA MASA DEPAN
Projek ini membantu pihak sekolah memupuk kemahiran berfikir; menyemai budaya pembelajaran sepanjang hayat; mahir dalam menyelesaikan masalah dan berupaya mencari jalan penyelesaian secara kreatif di kalangan murid sekolah.
i-THINK merupakan kerjasama di antara Kementerian Pelajaran Malaysia dan Agensi Inovasi Malaysia (AIM). i-THINK melahirkan inovator generasi masa depan dengan kebolehan dan kemahiran berfikir secara kritis serta berupaya untuk menyesuaikan diri dan menangani cabaran pada masa akan datang.
Cabaran Kita
| Sistem yang berasaskan peperiksaan memberi tekanan kepada murid dalam menghafal & mengimbau fakta-fakta. | Walaupun ini membantu murid menimba ilmu pengetahuan, mereka kini perlu mengambil langkah seterusnya & membangunkan kemahiran bagi menggunakan pengetahuan tersebut untuk membolehkan mereka berjaya dalam persekitaran dunia yang sentiasa berubah. |
| Ini bukan sahaja menggalakkan murid mempelajari kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif, bahkan juga belajar bekerja secara kolaboratif. | Dengan alat-alat pemikiran ini, pembelajaran sepanjang hayat dapat diterapkan, dan murid akan dilengkapi dengan kemahiran yang tepat bagi menghadapi cabaran abad ke-21. |
PEMBERITAHUAN




No comments:
Post a Comment