Tuesday, September 4, 2012

KM1M 2012 dan READ 2012


Kem Membaca 1Malaysia dan Kempen READ: One Nation Reading Together





Program Kem Membaca 1 Malaysia (KM1M) dan Kempen READ: One Nation Reading Together merupakan program membaca serentak terbesar di Malaysia yang melibatkan murid-murid sekolah rendah dan menengah di seluruh negara.  Kedua-dua program ini merupakan perkongsian pintar antara Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dan Scholastic Malaysia.

Program yang mula diadakan pada tahun 2008 bertujuan membina amalan membaca dalam kalangan murid sekolah di Malaysia. Antara pencapaian tertinggi program ini ialah penerimaan Anugerah “The Most Number Of Children Reading Storybooks in Schools in a Day” di  dalam  entri Malaysian Book Of Record  (MBOR) 2010.

Sumbangan ini memberikan impak positif dalam pelaksanaan Dasar Memperkukuhkan Bahasa Inggeris (MBI) di samping meningkatkan koleksi bahan bacaan Pusat Sumber Sekolah. Bagi memastikan kejayaan kempen membaca ini, Scholastic Malaysia telah menyumbang 50 buah buku bahasa Inggeris terbitan Scholastic kepada setiap sekolah yang mengambil bahagian. Nilai sumbangan bahan bacaan yang diberikan bertambah dengan peningkatan bilangan sekolah dan murid yang mengambil bahagian dalam program ini setiap tahun seperti rajah dibawah.

Bil
Tahun
Bil. Sekolah
Bil. Murid
1.
2008
75
29,036
2.
2009
260
160,144
3.
2010
982
413,595
4.
2011
1,525
641,641
5.
2012
2000


Selain itu, Scholastic Malaysia turut memberikan sokongan padu dalam menjayakan Program Anugerah NILAM Peringkat Kebangsaan iaitu pengiktirafan tertinggi KPM dalam usaha membina tabiat membaca dalam kalangan murid selaras dengan hasrat negara melahirkan masyarakat bermaklumat dan berpengetahuan. Ini jelas menunjukkan Scholastic Malaysia sama-sama berusaha merealisasikan aspirasi misi KPM dalam ‘Membangun Potensi Individu Melalui Pendidikan Berkualiti.’

Scholastic juga mewujudkan Scholastic Book Clubs yang merupakan saluran terbaik untuk murid memperoleh dan memiliki bahan bacaan yang berkualiti dengan kos yang rendah. Seleksi bahan bacaan yang sesuai dengan peringkat umur dan mempunyai nilai sejagat dapat dibaca, dihayati dan diadaptasikan oleh murid dalam semua aspek kehidupan mereka. Di samping itu, bahan bacaan ini dapat meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris murid dan keupayaan mereka berdaya saing di peringkat global.

Semoga kerjasama erat antara Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dan Scholastic Malaysia akan terus kukuh dan berterusan sejajar dengan visi Malaysia sebagai negara berasaskan ekonomi pengetahuan (k-economy) dan maju menjelang 2020.



klik!  MAKLUMAT LANJUT DAN PENYERTAAN 

 

No comments: