KHEMAH MEMBACA DAN PEMILIHAN TOKOH NILAM
DAERAH SABAK BERNAM TAHUN 201
Program membaca secara terancang yang
diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan Malayisa sejak tahun 1998 untuk
menyemai bakat dan menggalakkan minat membaca dikalangan pelajar sekolah. Program NILAM (Nadi Ilmu Amalan Membaca) yang bermatlamat
untuk membina tabiat membaca ini dilaksanakan dengan tujuan untuk memberi pendedahan
tentang kemahiran membaca yang meliputi beberapa aspek penilaian kemahiran
membaca, menulis dan mencari maklumat di kalangan para pelajar.
Kemahiran membaca bukan
sahaja dinilai daripada jumlah buku yang dibaca tetapi lebih tertumpu kepada
manfaat serta faedah-faedah yang diperolehi daripada aktiviti membaca itu
sendiri. Dengan mengamalkan tabiat rajin membaca, semakin luaslah pengetahuan
yang akan diperolehi dalam hidup seseorang individu.
Usaha ini disemarakkan lagi dengan mengadakan program
khemah membaca.Melalui program ini murid-murid yang bergiat aktif dalam progra
NILAM disekolah berpeluang menunjukkan bakat dan potensi masing-masing hasil
dari pembacaan mereka. Pusat Kegiatan Guru dengan kerjasama Pejabat Pendidikan
Daerah Sabak Bernam berjaya melaksanaka program khemah membaca dan pemilihan
tokoh Nilam Daerah Sabak Bernam tahun 2015. Program ini telah diadakan pada 21
hingga 23 April 2015 bertempat di Pusat Kecemerlangan PPD Sabak bernam.
Para peserta mewakili sekolah masing-masing bagi merebut
2 kategori anugerah bagi sekolah rendah dan sekolah menengah iaitu kategori
Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris. Peserta yang dinobatkan sebagai tokoh
Nilam akan mewakili daerah Sabak Bernam untuk menyertai Kem Pemilihan Tokoh
Nilam peringkat Negeri Selangor dan seterusnya berpeluang ke peringkat
kebangsaan.
Para peserta dihidangkan dengan pelbagai aktiviti
bertujuan mengasah bakat dan kebolehan mereka melalui aktiviti seperti kembara,
jejak maklumat, persembahan berkumpulan dan bicara tokoh disamping penilaian
khusus untuk pemilihan tokoh Nilam.
Bertepatan dengan tarikh tersebut program khemah membaca
ini juga melaksanakan 2 aktiviti membaca secara beramai-ramai dan serentak
dengan program yang diadakan diseluruh negara iaitu Kem Membaca 1 Malaysa
(KM1M) dan Program Jom Membaca bersama selama 10 minit. KM1M merupakan salah satu program Kementerian
pendidikan Malaysia dibawah program gerakan Tabiat Membaca bertujuan untuk
membina tabiat membaca murid sekolah dan pembelajaran sepanjang hayat. Peserta
membaca selama 33 minit dan 38 minit dan 58 saat bermula tepat jam 10.00 pagi
serentak diseluruh negara.
JOM BACA BERSAMA UNTUK 10 MINIT/LET’S READ TOGETHER FOR 10 MINUTES pula merupakan
satu program kali ke-2 diadakan di
seluruh Malaysia. Program ini telah bermula dari tahun 2014. Program ini
merupakan langkah membentuk masyarakat ke arah minat membaca walaupun dalam
tempoh yang singkat (10 minit). ia juga sebagai sokongan daripada perpustakaan
awam negeri bersama-sama kerajaan meningkatkan tabiat atau budaya membaca di
kalangan masyarakat.
Program ini dilaksanakan pada 23 haribulan hari akhir khemah membaca tersebut dan serentak di seluruh negara bermula jam 10.00 pagi dengan konsep Berhenti Sebentar dan Membaca Bersama
Selama 10 Minit.
Melalui
program ini diharapkan dapat berkongsi pengalaman dalam aktiviti pembacaan
masing-masing menerusi aktiviti perkongsian dalam khemah membaca untuk
menjadikan mereka lebih berketrampilan dan berkualiti dalam pelabagai aspek.
Peserta juga menghasilkan persaingan sihat dan meningkatkan penglibatan serta
menonjolkan bakat pelajar yang aktif dalam program pembacaan terutama sekali
melalui program NILAM di sekolah. Akhirnya, Tokoh NILAM yang dipilih adalah
yang terbaik diantara yang baik dan dapat diketengahkan ke peringkat Negeri dan
seterusnya keperingkat lebih tinggi seperti peringkat kebangsaan.
No comments:
Post a Comment