Thursday, May 7, 2015

PROGRAM JERAYAWARA NILAM : PENGUKUHAN PENGURUSAN NILAM UNTUK PENTADBIR SEKOLAH-SEKOLAH DAERAH SABAK BERNAM 2015



Bengkel Pengukuhan Pengurusan NILAM untuk pentadbir Sekolah-Sekolah Daerah Sabak Bernam 2015 dilaksanakan bagi memberi pendedahan yang mantap kepada pentadbir sekolah agar mereka memandang serius terhadap program NILAM di sekolah masing-masing dan seterusnya meningkatkan peratus penglibatan pelajar dalam program ini dapat direalisasikan.

Jawatankuasa Gerakan Tabiat Membaca Sekolah-Sekolah Daerah Sabak Bernam telah melaksanakan program tersebut pada 31 Mac 2015 bertempat di Pusat Kecemerlangan, PPD Sabak Bernam. Program ini telah dihadiri oleh Pegawai Pendidikan Daerah Sabak Bernam, Penolong Pengarah Unit Pengurusan Sumber Pendidikan BTPN Selangor, Pegawai Teknologi Pendidikan PKG Daerah Sabak Bernam, Pengetua, guru besar dan pentadbir sekolah daerah Sabak Bernam.

Program ini antara lain bertujuan untuk memberi pemahaman berkenaan pra pentingnya tabiat membaca melalui Program NILAM di sekolah dalam mempertingkatkan pencapaian akademik. Pendedahan secara total tentang Program NILAM melalui sesi ceramah, pembentangan kertas kerja dan pertunjukan video kepada peneraju dan pentadbir sekolah diharapkan dapat memberi motivasi kepada pihak sekolah untuk menggerakkan Program NILAM secara bersungguh-sungguh.

No comments: