Saturday, April 23, 2011

Pusat Sumber Sekolah

 

Pengenalan
 Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia, merupakan urus setia Jawatankuasa Induk Gerakan Membaca. Antara fungsi Jawatankuasa tersebut adalah berkaitan dengan pembangunan dan pengembangan Pusat Sumber Sekolah ( PSS ) dan perancangannya dalam pemupukan budaya ilmu. Justeru, BTP dengan kerjasama rangkaiannya iaitu Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri ( BTPN ), Pusat Teknologi Pendidikan Bahagian ( PTPB ) dan Pusat Kegiatan Guru ( PKG ) bertanggungjawab memastikan PSS menyokong hasrat  murni ini.
 PSS perlu diuruskan dengan baik agar penggunaan media cetak dan bukan cetak dapat dimanfaatkan oleh semua guru dan murid di sekolah. Ini adalah kerana PSS mempunyai hubungan langsung dengan pelaksanaan program kurikulum dan kokurikulum di peringkat sekolah.
 Salah satu program yang diadakan untuk meningkatkan keberkesana PSS adalah melalui Anugerah Pusat Sumber Sekolah Peringkat Kebangsaan yang diadakan secara dwitahunan. Selain itu, Anugerah yang sama juga dibuat di peringkat negeri dan daerah. Pemantauan dan penilaian yang berterusan dibuat untuk menentukan kejayaan pengurusan PSS dalam mencapai matlamatnya ke arah mewujudkan budaya cintakan ilmu dan pembelajaran sepanjang hayat. Walau bagaimanapun, terdapat PSS yang perlu diberi khidmat bantu. Atas dasar ini Program Khidmat Bantu Pusat Sumber Sekolah diwujudkan bermula tahun 2000.
 Objektif
 Meningkatkan pengurusan PSS secara keseluruhan khususnya dalam bidang pengurusan bahan, fizikal ( susun atur dan keceriaan ) serta sistem pentadbiran.
  • Meningkatkan penggunaan PSS dalam kalangan guru dan murid sejajar dengan keperluan pendidikan dan aplikasi ICT.
  • Meningkatkan kadar pembacaan dalam kalangan murid selaras pelaksanaan dan hala tuju program NILAM.
 Kriteria
 Pencapaian kurang  daripada 60% dalam penilaian PSS.
  • Taraf pengurusan dan pentadbiran PSS kurang berkesan.
  • Sekolah mempunyai Guru Perpustakaan Sekolah (GPMS) yang tidak terlatih dalam bidang Sains Maklumat dan Kepustakawanan.
  • PSS berada dalam keadaan yang memerlukan peningkatan.
  • PSS berhampiran dengan sekolah-sekolah lain supaya boleh dilawati dan dicontohi.
  • Atas keperluan dan permintaan.
 Aspek Penilaian
 A.Pengurusan dan Pengelolaan
  • Fail Kuasa
  • Struktur Organisasi
  • Perancangan Program PSS
  • Pengurusan Kewangan PSS
  • Dokumen dan Rekod : Pengurusan PSS
  • Dokumen dan Rekod : Pengelolaan Koleksi
  • Dokumen dan Rekod : Pengelolaan Perkakasan
  • Keceriaan
  • Penglibatan Warga Sekolah, Komuniti dan NGO
 B.Kemudahan Fizikal/Perkakasan/Bahan
 C.Penggunaan
  • Waktu Operasi
  • Jadual
  • Sirkulasi (Pinjam dan Pemulangan)
  • Aktiviti Pameran
  • Aktiviti Galakan
  • Pembelajaran Kendiri
  • Sudut-sudut
  • Bahan Promosi/Publisiti
  • Literasi Maklumat
  • Penghasilan Bahan dan Perisian
D. Organisasi Bahan
  • Pengkatalogan
  • Pengelasan
  • Proses Teknik
E. TV Pendidikan
F. Bahan Pelbagai Media Pendidikan
G. Program Galakan Membaca ( NILAM )
H. Literasi Maklumat
I. Pembestarian Sekolah Malaysia
J. Ciri-ciri Keistimewaan

No comments: