Saturday, April 23, 2011

PEMBESTARIAN

APAKAH PEMBESTARIAN SEKOLAH?


Pembestarian Sekolah merupakan proses berterusan ke arah meningkatkan lagi 
pengunaan ICT dalam pendidikan dengan memberi fokus pada peningkatan 
kualiti pengajaran dan pembelajaran (P&P), keberkesanan pengurusan dan 
pentadbiran sekolah dan kompetensi guru. Program Pembestarian Sekolah 
juga memberi maksud mengaplikasikan konsep Sekolah Bestari iaitu sebagai
satu institusi pembelajaran yang direka semula secara sistemik dari segi 
amalan pengajaran dan pembelajaran serta pengurusan sekolah untuk 
membantu murid-murid menghadapi era teknologi maklumat. Komponen 
utama Pembestarian Sekolah adalah berfokus kepada pengajaran dan 
pembelajaran serta pengurusan sekolah berbantukan ICT. Proses 
Pembestarian Sekolah ini akan dapat melatih guru dan murid berkemahiran 
dalam bidang ICT. Justeru, kemahiran yang diperoleh dapat melahirkan
murid yang boleh mengamalkan pembelajaran akses kendiri (self-accessed)
terarah kendiri (self-directed) dan kadar kendiri (self-paced).

PENGENALAN

Sistem pendidikan sedia ada perlu dimantapkan selaras dengan perkembangan 
era teknologi maklumat dan komunikasi (ICT). Beberapa penambahbaikan 
dalam pelbagai aspek perlu dilakukan supaya ianya berdaya saing dan relevan
dengan kehendak semasa. Pewujudan Sekolah Bestari merupakan satu senario
dalam pendidikan alaf baru di Malaysia dan bersesuaian dengan
perkembangan teknologi, sosial serta budaya masa kini. Perkembangan 
seumpama ini memerlukan sesebuah institusi pendidikan menggabungkan 
serta memberikan penekanan terhadap beberapa aspek, antaranya pengajaran 
dan pembelajaran berbudaya fikir, pemusatan kepada pelajar, penggunaan 
bahan teknologi secara bijak, strategi pengajaran dan pembelajaran yang sesuai, 
serta pengurusan sekolah yang efektif.

KONSEP PEMBESTARIAN

 

Teachers will need to change their role in the electronic 
classroom from being information providers to counselors
to help students develop know how and judgment
to select information sources.

Key to success in the Information Age will be making
the right judgements between an awesome array of choices.

We are examining our education system to create a
curriculum where people learn how to learn for continuing
education throughout  their lives

Tun Mahathir Mohamed, Launch of the Multimedia Super
Corridor 1 August 1996
The smart school program will be re-modelled and its
implementation fast-tracked to enable more schools to
benefit, at lower cost to the government. Smart schools
will have access to the Internet through the SchoolNet
program, which is already at an advanced stage
of implementation.
    
Advanced teaching and learning materials developed
through the Smart School Pilot program will be utilised
for teaching, while the Smart School Management System
will be used to improve administration processes.
      
Dato’ Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi, Launch of
The Multimedia Super Corridor (M.S.C.)
Next Leap, 3 July 2004
… pembestarian sekolah adalah selaras dengan hasrat
Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi
untuk menjadikan sekolah-sekolah awam lebih berdaya 
saing, kondusif dan moden mengikut arus pembangunan
semasa.
   
Dalam proses pembestarian sekolah, sasaran kementerian
ialah untuk meningkatkan nisbah komputer kepada murid,
masa dedahan murid dan guru kepada penggunaan 
komputer dan mengaplikasikan teknologi yang berkesan
dari segi kos.
           
Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein,
Menteri Pelajaran Malaysia, 7 Mei 2005
Skop Pembestarian Sekolah Pelaksanaan pembestarian ini memanfaatkan
(leverage) kepada semua inisistif ICT yang sedia ada di sekolah merangkumi
tiga elemen utama iaitu infrastruktur ICT dan Aplikasi Pengurusan, Pengisian
Pengajaran dan Pembelajaran (P&P), dan Pembangunan Sumber
Manusia. Fokus Pembestarian Sekolah ialah untuk memastikan semua sekolah
akan mempunyai kecapaian ICT yang sama dengan;

  1. menyediakan kemudahan infrastruktur dan perkakasan yang mencukupi 
  2. menyediakan perisian dan bahan-bahan digital yang lengkap
  3. memberi latihan yang secukupnya kepada semua guru, pentadbir dan
  4. staf sekongan
Pembestarian Sekolah akan menfaatkan tiga (3) elemen utama iaitu yang
telah dilaksanakan ke sekolah-sekolah melalui projek-projek Kementerian
seperti berikut;

  1. projek makmal Komputer Sekolah
  2. program Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam
  3. Bahasa Inggeris (PPSMI)
  4. rangkaian SchoolNet
  5. rancangan TV pendidikan
  6. projek Rintis Sekolah Bestari
  7. ICT Dalam Pengajaran dan Pembelajaran
  8. mata Pelajaran yang Berasaskan ICT
  9. perkongsian Pintar dengan Syarikat Swasta
  10. latihan ICT Guru
  11. pengurusan Perubahan bagi Guru dan Pentadbir Sekolah
Program Pembestarian ini akan dijalankan secara berperingkat dan berfasa
mengikut keutamaan dan keupayaan Kementerian dengan mengambil kira
kesediaan sekolah.
Dasar Pembestarian semua sekolah merangkumi dasar ICT iaitu;
  Dasar Dan Matlamat
  1. ICT untuk semua pelajar
  2. ICT sebagai alat pengajaran dan pembelajaran, sebagai mata pelajaran 
  3. dan komponen mata pelajaran
  4. ICT digunakan untuk meningkatkan kecekapan dan keberkesanan
  5. sistem pendidikan
Matlamat Pembestarian Sekolah ialah untuk mengoptimumkan potensi murid
di semua sekolah Malaysia dengan menggunakan ICT sebagai pengupaya kepada
pengajaran dan pembelajaran.
Status Semasa Dan Cabaran
 1. Sekolah Bestari secara ringkas boleh didefinisikan sebagai suatu sistem
pendidikan yang mana proses pengajaran dan pembelajaran lebih
berpusat kepada pelajar dengan menggunakan pendekatan yang lebih kritis
dan kreatif serta menggunakan teknologi sebagai pengupaya. Penggunaan
ICT sebagai bahan bantu dalam proses pengajaran dan pembelajaran
merupakan jantung Sekolah Bestari. Pendekatan ini tidak hanya terhad
dalam kurikulum, pedagogi, pentaksiran, pengajaran dan pembelajaran,
malah juga dalam bidang pengurusan sekolah. Pengurusan dan
pentadbiran sekolah dibestarikan agar pengurus sekolah dapat
menguruskan perjalanan sesebuah sekolah dengan lebih efektif.
 2. Walau bagaimanapun, dalam proses menubuhkan Sekolah Bestari d
iseluruh negara, KPM kemudiannya telah mengambil langkah bijak
dan kos efektif dengan memperkenalkan Program Pembestarian
Sekolah. Ini memandangkan untuk membekalkan infrastruktur
teknologi penuh sebuah Sekolah Bestari, Kerajaan perlu membelanjakan
sebanyak RM1.8 juta, manakala untuk membekalkan infrastruktur
teknologi makmal komputer, kerajaan memerlukan peruntukan sebanyak
RM642,000 bagi sebuah sekolah. Oleh itu, alternatif yang terbaik adalah
dengan cara membestarikan sekolah sedia ada yang hanya memerlukan
peruntukan yang jauh lebih rendah untuk setiap buah sekolah.
 3. Program Pembestarian Sekolah memberi maksud mengaplikasikan
konsep Sekolah Bestari pada semua sekolah rendah dan menengah
di seluruh negara. Komponen utama pembestarian sekolah adalah
berfokus kepada pengajaran dan pembelajaran serta pengurusan
sekolah berbantukan ICT. Proses Pembestarian sekolah dapat melatih
guru dan pelajar berkemahiran dalam bidang ICT. Justeru, kemahiran
yang diperoleh dapat melahirkan pelajar yang mengamalkan pembelajaran
akses kendiri (self-accessed), terarah kendiri (self-directed) dan kadar
kendiri (self-paced).
 4. Pelaksanaan pembestarian ini mengambil kira (leveraging) semua
inisiatif ICT yang sedia ada di sekolah merangkumi tiga perkara
utama iaitu hardware, software dan wetware. Untuk itu, KPM telah
pun membekalkan pelbagai peralatan dan kemudahan ICT seperti
komputer, pencetak, server, projektor dan rangkaian. Statistik
sehingga April 2005 menunjukkan sebanyak 4500 buah sekolah rendah
dan menengah di seluruh negara telah dilengkapi dengan makmal komputer,
sementara 8120 buah sekolah telah dirangkaikan dengan capaian internet
berjalur lebar melalui rangkaian SchoolNet.
 5. Pelbagai perisian kursus telah dibangunkan, baik oleh pihak KPM
mahu pun dengan kerjasama pihak swasta. Perisian kursus untuk
kegunaan Sekolah Bestari yang melibatkan empat mata pelajaran
iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik telah
dibangunkan dengan kerjasama pihak swasta. Selain daripada menghasilkan
perisian kursus untuk digunakan oleh guru dan pelajar dalam program
Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam
Bahasa Inggeris (PPSMI).
 6. Pembestarian sekolah melibatkan pengurusan pendidikan yang lebih cekap
dan berkesan dengan penggunaan aplikasi Smart School Management
System (SSMS), Educational Management Information System (EMIS)
dapat m,embantu memperkemaskan pengaliran dan perkongsian maklumat
di peringkat sekolah, jabatan dan kementerian.
 7. Latihan kemahiran ICT kepada individu yang terlibat sentiasa diadakan
dari semasa ke semasa. Pentadbir sekolah, guru, staf sokongan dan
personel di pelbagai peringkat Pejabat Pendidikan Daerah, Jabatan
Pelajaran Negeri, dan Bahagian-bahagian di KPM turut dibimbing dan
dilatih menggunakan segala kemudahan ICT yang disediakan.
Strategi Perlaksanaan


HARDWARE SOFTWARE WETWARE
Menyediakan hardware yang lengkap dengan mengambil kira inisiatif sedia ada seperti;
  1. Sekolah Bestari
     
  2. Makmal Komputer
     
  3. SchoolNet
     
  4. PPSMI
     
  5. TV Pendidikan
Melengkapkan perisian dan bahan-bahan digital seperti;
  1. perisian sistem dan aplikasi
     
  2. perisian kursus sekolah bestari
     
  3. perisian kursus PPSMI
     
  4. Program TV Pendidikan
Memberi bimbingan dan latihan;
  1. Asas Penggunaan Komputer
     
  2. Penggunaan Kompuiter untuk Pengajaran dan Pembelajaran
     
  3. Penggunaan Perisian Kursus
     
  4. Penggunaan TV Pendidikan dalam Pengajaran dan Pembelajaran

No comments: