Cuaca tidak menentu : adakah anda merasai kesannya ?
Maha suci Allah yang telah mengaturkan segala-galanya. Pertukaran malam siang, panas hujan, ribut petir dan segala kejadian alam ni dibawah kuasa Allah s.w.t.
Dalam umat islam bersiap sedia menghadapi bulan yang penuh keberkatan (Ramadhan al-Mubarak) daerah Sabak Bernam digegarkan dengan angin ribut pada 24 Julai 2011 (Ahad malam isnin). Banyak kejadian-kejadian bumbung terbang dilaporkan. Bumbung rumah berterbangan, pokok tumbang dan sebagainya. Tidak hairanlah minggu lalu kedai peralatan pertukangan kehabisan stok zink dan ardec.
Kesan ribut dan angin kencang ini juga menimpa bumbung PKG. Lihat gambar :
alhamdulillah, telah dapat diperbaiki sebelum ditimpa hujan semula pada 28 Julai (khamis malam jumaat) yang lalu. (terlepaslah menadah air hujan malam jumaat)
Walau apapun mungkin ada hikmahnya kejadian ini sempena menyambut kehadiran Pegawai Teknologi Pendidikan 2 baru yang mula bertugas di PKG pada 25 Julai lalu. Mudah-mudahan staf PKG sentiasa dirahmati Allah s.w.t dan dijauhi dari kejadian yang tidak diingini ....
Namun begitu laporan ini perlu diambil perhatian :-
Nasihat ribut tropika
Saya ambil dari web Porta rasmi : Jababtan Meteorologi Malaysia, Kementerian Sains dan Inovasi Malaysia (MOSTI). Nasihat kami agar sentiasa berhati-hati dan sentiasa bersedia sekiranya berlaku kejadian yang tidak diingini. Jangan diambil mudah sehinggakan 'sudah terhantuk baru terngadah' (betulkan jika salah)
Mudah-mudahan kejadian ini dapat mempertingkatkan keimanan dan ketakwaan kepada Allah s.w.t sempena menyambut bulan Ramadhan yang akan menjelma.
No comments:
Post a Comment