Friday, August 5, 2011

Bulan Yang Penuh Keberkatan.

Ramadhan yang dinantikan
Selamat datang Ya-Ramadhan

Bulan paling mulia dari bulan-bulan islam
Dipenuhi dengan keberkatan dan hikmah
Bukan seperti bulan-bulan yang biasa

Bulan inilah makhluk benar-benar menzahirkan kehambaan
Mengharapkan hanya redha Allah ta'ala
Bukan hanya kerana kesenangan dunia

Jangan mengganggap seperti kebiasaan
Seperti Ramadhan yang lalu
Mempunyai tujuan dan matlamat yang utama
“La‘al lakum tattaqun” ...agar kamu bertakwa (al-baqarah : 183)
Amalkan doa bersama-sama penghayatan

Sabda Rasulullah kepada isteri dan sahabat-sahabatnya, "Alangkah hairannya (ajaibnya) bagi orang yang telah sampai umurnya kepada menjelang Ramadan, apabila habis Ramadan hairan kalau dia tidak mengambil kesempatan untuk Allah mengampunkan semua dosa-dosanya".





maknanya : "Ya Allah, Engkaulah Tuhan yang sangat suka mengampun,
ampunkanlah dosa-dosa ku".


Yang manakah pilihan anda ?

No comments: