Thursday, June 14, 2012

Kesal menara dekat sekolah


Menara 1BRIS – Apa Sekolah Patut Tahu ? 

Salam, 

Tuan,
Perkara di atas adalah dirujuk.
2. Bersama-sama ini disertakan surat dari PMO, BPM KP(PMO)-ICT 100/03/01(67) bertarikh 11 Jun 2012.
3. Untuk makluman tuan, di mesyuarat NKEA CCI yang telah diadakan pada 7 Jun 2012, pihak SKMM
telah membangkitkan isu ketidakpatuhan pihak YTL dalam membuat pemasangan struktur 1BRIS di sekolah-sekolah di bawah projek 1BestariNet. Pihak SKMM juga telah menerima laporan secara rasmi mengenai perkara ini dari beberapa buah negeri. Di antara aduan yang diterima adalah mengenai tatacara pemasangan struktur yang tidak mengikut prosedur dan tidak mengambil kira faktor keselamatan di kawasan sekolah.
4. Pembinaan struktur 1BRIS ini adalah tertakluk kepada kelulusan yang dikeluarkan oleh Pihak Berkuasa
Tempatan [PBT) di setiap negeri dan prosedur yang telah ditetapkan oleh pihak KPM. Pembinaan tanpa kelulusan
PBT adalah tidak dibenarkan sama sekali. Pihak kontraktor YTL perlu menghormati dan mematuhi prosedur
sedia ada bila berada di dalam kawasan sekolah. Perbincangan dengan pihak Jabatan Pelajaran Negeri serta
pentadbir sekolah hendaklah dibuat sebelum memulakan kerja pembinaan bagi perkara yang boleh menimbulkan keraguan.
5. Sehubungan dengan itu, mohon pihak tuan untuk memanjangkan salinan surat tersebut ke semua sekolah
di bawah pentadbiran tuan.
6. Tindakan dan kerjasama dari pihak tuan amat dihargai.
Sekian, terima kasih.

Saya yang menurut perintah,
Norlelani Shamsuddin
b.p.
Abdullah Nordin
Ketua Sektor Pengurusan Maklumat dan ICT
JPN Selangor

Tel:  03-55186513
E-mel : norlelani.shamsuddin@moe.gov.my


No comments: