Tuesday, February 4, 2014


Ketahui Apa Itu 1BNselfcare


1BestariNet Self Care ? Mungkin ada yang pertama kali dengar perkataan ini. Untuk pengetahuan anda 1BestariNet Self Care diwujudkan untuk membantu sekolah melaporkan masalah berkaitan dengan projek 1BestariNet dengan lebih berkesan dengan sistem pengurusan aduan secara berpusat.
Ia meliputi masalah berikut
  1. Talian 1BestariNet
  2. Masalah berkaitan penggunaan VLE (Virtual Learning Environment)Frog
  3. Masalah Chromebook 
Cara menggunakan amat mudah .. anda hanya memerlukan ID Frog Pentadbir sekolah untuk membuka tiket aduan melalui url berikut https://1bnselfcare.yes.my/
Kami amat menggalakan anda melaporkan masalah yang sekolah hadapi seperti diatas melalui portal khas ini untuk memudahkan pihak berkaitan memantau masalah anda. Selepas membuat aduan pastikan anda mencatit no log aduan anda untuk tujuan rujukan pada masa hadapan … mudah bukan ?




No comments: