assalamualaikum,
Kepada semua warga PKG Zon Batu 38 yang beragama Islam, diucapkan selamat berpuasa;
10 SENARAI SEMAK PERSIAPAN DAN PERLAKSANAAN PUASA
1) Niatkan rasa sukacita kita dalam hati akan kedatangan bulan suci Ramadhan,
“Barang siapa yang dihatinya merasa gembira akan kedatangan bulan
Ramadhan, maka Allah haramkan jasadnya untuk masuk neraka” – Al-hadith
2) Memohon ma’af kepada kedua orang tua, suami/isteri, anak, saudara dan
para sahabat atau kerabat anda, dimana setiap hari anda berhubungan
dengannya, lupakan kesalahan saudara Muslim anda yang pernah terjadi
selama anda berhubungan
3) Bersihkan pakaian taqwamu dari hadas, najis mahupun penyakit hati (iri,
dengki, hasad, hasut, tamak, haloba, sombong, mencela, dendam,
berbohong) sebelum , ketika menjalankan ibadah puasa mahupun
sesudahnya
4) Niatkan dalam hati untuk melaksanakan ibadah puasa ini dengan penuh
kesungguhan dan sekuat tenaga untuk mejalankan juga ibadah – ibadah
nafila (tambahan)
5) Tingkatkan Iman dan Taqwa, Selenggarakan & hadiri majlis ilmu Islam
ditempat anda.
6) Perbanyak membaca dan memahami Al-Qur’an Al-Karim, kalau mampu
upayakan khatam 1 (satu) Juz selama ibadah puasa dan jadikan amalan
dalam hidup setelah Ramadhan berlalu
7) Lakukan aktiviti biasa anda sehari-hari dan tingkatkan kualitinya selama
Ibadah puasa, tinggalkan perbuatan maksiat dan perbuatan yang sia-sia
tanpa nilai pahala
8) Tingkatkan amar ma’ruf nahi munkar, saling nasihat menasihati di jalan Allah
dan perbayak bersabar.
9) Usahakan anda beri’tikaf ( berdiam diri / menginap di dalam Masjid untuk
memperbanyak kegiatan ibadah) selama 10 (sepuluh) hari terakhir
Ramadhan, sesuai sunnah Rasulmu
10)Ingatlah, bukan pakaian yang baru yang diterima disisi Allah SWT tetapi
kebagusan ibadah kita yang utama.
Showing posts with label Semasa. Show all posts
Showing posts with label Semasa. Show all posts
Thursday, August 11, 2011
Friday, August 5, 2011
Bulan Yang Penuh Keberkatan.
Ramadhan yang dinantikan
Selamat datang Ya-Ramadhan
Bulan paling mulia dari bulan-bulan islam
Dipenuhi dengan keberkatan dan hikmah
Bukan seperti bulan-bulan yang biasa
Bulan inilah makhluk benar-benar menzahirkan kehambaan
Mengharapkan hanya redha Allah ta'ala
Bukan hanya kerana kesenangan dunia
Jangan mengganggap seperti kebiasaan
Seperti Ramadhan yang lalu
Mempunyai tujuan dan matlamat yang utama
“La‘al lakum tattaqun” ...agar kamu bertakwa (al-baqarah : 183)
Amalkan doa bersama-sama penghayatan
Sabda Rasulullah kepada isteri dan sahabat-sahabatnya, "Alangkah hairannya (ajaibnya) bagi orang yang telah sampai umurnya kepada menjelang Ramadan, apabila habis Ramadan hairan kalau dia tidak mengambil kesempatan untuk Allah mengampunkan semua dosa-dosanya".

maknanya : "Ya Allah, Engkaulah Tuhan yang sangat suka mengampun,
ampunkanlah dosa-dosa ku".
Yang manakah pilihan anda ?

Saturday, July 30, 2011
Cuaca tidak menentu !
Cuaca tidak menentu : adakah anda merasai kesannya ?
Maha suci Allah yang telah mengaturkan segala-galanya. Pertukaran malam siang, panas hujan, ribut petir dan segala kejadian alam ni dibawah kuasa Allah s.w.t.
Dalam umat islam bersiap sedia menghadapi bulan yang penuh keberkatan (Ramadhan al-Mubarak) daerah Sabak Bernam digegarkan dengan angin ribut pada 24 Julai 2011 (Ahad malam isnin). Banyak kejadian-kejadian bumbung terbang dilaporkan. Bumbung rumah berterbangan, pokok tumbang dan sebagainya. Tidak hairanlah minggu lalu kedai peralatan pertukangan kehabisan stok zink dan ardec.
Kesan ribut dan angin kencang ini juga menimpa bumbung PKG. Lihat gambar :

alhamdulillah, telah dapat diperbaiki sebelum ditimpa hujan semula pada 28 Julai (khamis malam jumaat) yang lalu. (terlepaslah menadah air hujan malam jumaat)
Walau apapun mungkin ada hikmahnya kejadian ini sempena menyambut kehadiran Pegawai Teknologi Pendidikan 2 baru yang mula bertugas di PKG pada 25 Julai lalu. Mudah-mudahan staf PKG sentiasa dirahmati Allah s.w.t dan dijauhi dari kejadian yang tidak diingini ....
Namun begitu laporan ini perlu diambil perhatian :-
Nasihat ribut tropika
Saya ambil dari web Porta rasmi : Jababtan Meteorologi Malaysia, Kementerian Sains dan Inovasi Malaysia (MOSTI). Nasihat kami agar sentiasa berhati-hati dan sentiasa bersedia sekiranya berlaku kejadian yang tidak diingini. Jangan diambil mudah sehinggakan 'sudah terhantuk baru terngadah' (betulkan jika salah)
Mudah-mudahan kejadian ini dapat mempertingkatkan keimanan dan ketakwaan kepada Allah s.w.t sempena menyambut bulan Ramadhan yang akan menjelma.

Thursday, July 28, 2011
Salam Perkhidmatan : PTP 2 PKG BT38
Assalamualaikum warahmatullahi wabarokatuh...
salam sejahtera dan salam bahagia...
Salam perkenalan...
Buat rakan-rakan...
Sekolah ahli zon PKG Batu 38...
Guru Besar, Pengetua, GPM, GPB dan guru-guru sekalian...
Alhamdulillah... berkat restu dari ilahi...
Salam perkhidmatan...
Mohon tunjuk ajar dan panduan...
Juga kerjasama erat amat diharapkan...
Mudah-mudahan kita sentiasa cemerlang...
Demi untuk restu dan redha ilahi...
Salam ikhlas :

Abd Halim Bin Hj Kamat
Pegawai Teknologi Pendidikan DGA29
PKG Batu 38
salam sejahtera dan salam bahagia...
Salam perkenalan...
Buat rakan-rakan...
Sekolah ahli zon PKG Batu 38...
Guru Besar, Pengetua, GPM, GPB dan guru-guru sekalian...
Alhamdulillah... berkat restu dari ilahi...
Berkenalan rakan-rakan baru, saat dinanti-nantikan...
Mudah-mudahan sentiasa dirahmati...
Mudah-mudahan sentiasa dirahmati...
Mohon tunjuk ajar dan panduan...
Juga kerjasama erat amat diharapkan...
Mudah-mudahan kita sentiasa cemerlang...
Demi untuk restu dan redha ilahi...
Salam ikhlas :

Abd Halim Bin Hj Kamat
Pegawai Teknologi Pendidikan DGA29
PKG Batu 38
Monday, July 18, 2011
TAHNIAH
EN ABD HALIM BIN KAMAT
Pegawai Teknologi Pendidikan DGA29
Tahniah dan selamat bertugas diucapkan en Abd Halim. Beliau melapor diri pada 1hb Julai 2011 di PKG Batu 38. Kedatangan beliau amat ditunggu-tunggu. Semoga PKG Batu 38 akan lebih mantap dan cemerlang lagi.
Monday, July 11, 2011
Maklumat Umum
Program Motivasi dan Pengekalan Momentum Murid, Ibubapa dan Guru dan Teknik Menjawab Soalan UPSR Tahun 2011. Anjuran bersama Sekolah Kebangsaan Tanjong Jawa, Sekolah Kebangsaan Kampong Baharu, Sekolah Kebangsaan Seri Cempaka, Sekolah Kebangsaan Lubok Pusing, Sekolah Kebangsaan Teluk Rhu dan
Pusat Kegiatan Guru Batu 38 Sabak Bernam, Selangor.
Boleh menghubungi : Encik Farus Wahi (SK Tanjong Jawa)
No.Telefon : 012-3589520
Tuesday, June 28, 2011
TERIMA KASIH DAN TAHNIAH
EN RAMLI BAYOK
Terima kasih dan tahniah dari warga pkg batu 38.
Selamat maju jaya dan teruskan kecemerlangan tuan.
Friday, June 17, 2011
Selamat Datang..
Jamaah bt Shahabudin
Selamat datang dan tahniah diucapkan kepada Pn Jamaah bt Shahabudin kerana dilantik sebagai Pengetua Sekolah Agama Muhammadiah Batu 1 Pekan Sabak, bermula 1hb Jun 2011. Semoga SAMM bertambah cemerlang.
Friday, June 3, 2011
LAWATAN KERJA OLEH BTP DAN KEDUTAAN KOREA
Pada 1hb Jun 2011 yang lalu serombongan 3 orang Pegawai dari BTP yang diketuai oleh Pn Maimunah Mohd Tahir Ketua Unit Bestari, mengiringi 3 orang Pegawai dari Kedutaan Korea telah mengadakan lawatan kerja ke PKG Batu 38. Lawatan tersebut bertujuan memberikan gambaran sebenar struktur organisasi BTP, BTPN dan PKG
Pn Maimunah sedang menerangkan tentang peranan PKG
Cik Jeng Hwa Soon bertindak sebagai penterjemah kepada
kedua-dua rakannya dari Korea
menandatangani buku lawatan
Monday, January 24, 2011
JAMUAN PERPISAHAN PEGAWAI PKG DAERAH SABAK BERNAM
TEMPAT : PKG SUNGAI BESAR
TARIKH : 14 JANUARI 2011
MASA : 3.00 PETANG
Menunggu ketibaan pegawai
Majlis dimulakan dengan doa dan kata-kata aluan..
Ucapan daripada pegawai yang bertukar...
Penyampaian cenderahati daripada PKG Daerah Sabak Bernam
Sesi yang dinanti iaitu makan-makan..
Selesai...
Monday, January 3, 2011
MBMMBI TAHUN 2011
klik pada link di bawah :
Dasar MBMMBI :-
Memartabatkan bahasa Malaysia melalui :
1. Pendekatan P&P
2. Guru Bahasa Malaysia berkualiti
3. Perluasan ICT dalam P&P
4. Melaksanakan P&P Sains dan Matematik dalam Bahasa Malaysia
di SK, SJKC dan SJKT.Memperkukuhkan bahasa Inggeris melalui :
1. Penambahan waktu P&P Bahasa Inggeris di SK, SM, SJKT dan SJKC.
2. Guru Bahasa Inggeris yang berkualiti
3. Pendekatan P&P
4. Menambah fungsi makmal komputer kepada makmal bahasa.
Thursday, December 30, 2010
Lesen Kaspersky tamat tempoh
Berkenaan lesen Kaspersky yang tamat tempoh anda boleh menggunakan tools ini untuk membuang Kaspersky yang telah tamat tempoh.
http://support.kaspersky.com/faq/?qid=208279463
Untuk antivirus lain sebagai ganti anda boleh menggunakan Microsoft Security Essential
http://www.microsoft.com/security_essentials/
http://support.kaspersky.com/faq/?qid=208279463
Untuk antivirus lain sebagai ganti anda boleh menggunakan Microsoft Security Essential
http://www.microsoft.com/security_essentials/
Wednesday, October 6, 2010
Kembara Buku 1 Malaysia
Pada 28-30 september 2010 daerah Sabak Bernam telah terpilih untuk melaksanakan Program Kembara Buku 1 Malaysia anjuran Majlis Buku Kebangsaan Malaysia. Program tersebut telah berlang di Pusat kecemerlangan Pendidikan daerah Sabak Bernam. Program sumbangan buku ke sekolah-sekolah terpilih telah menjadi satu agenda tetap bagi Majlis Buku kebangsaan sebagai satu langkah pengembangan budaya membaca di kalangan pelajar. Program tersebut bertujuan membantu sekolah-sekolah yang menghadapi kekurangan koleksi bahan rujukan di Pusat Sumber Sekolah, melalui aktiviti sumbangan buku yang melibatkan penerbit-penerbit buku di Malaysia.
Antara Matlamat program ini ialah :
i. Menarik minat murid membaca melalui aktiviti budaya membaca dan pelbagai aktiviti sampingan seperti pencarian maklumat di lokasi-lokasi yang dikenalpasti.
ii. Memberi pendedahan kepada guru-guru mengenai aktiviti bidang penulisan dan penerbitan buku supaya akan lahir penulis muda dalam kalangan guru untuk diketengahkan.
iii. Memberi peluang mewujudkan kolaborasi antara pihak industry buku dengan sekolah dan masyarakat melalui aktiviti perbukuan.
iv. Memberi pendedahan mengenai bidang penterjemahan kepada guru-guru
Seramai lebih kurang 90 orang pelajar dari 11 buah sekolah yang teridir dari 5 buah sekolah menengah dan 6 buah sekolah rendah terpilih mengikuti program tersebut. Selain dari aktiviti yang dijalankan di Pusat Kecemerlangan Pendidikan, peserta-peserta dan guru pengiring juga telah dibawa melawat ke beberapa lokasi menarik seperti Pusat Sejarah Lubuk Pusing, Sambutan Majlis hari haraya Kampong Batu 23 Sg Nibong, Industri Kecil penghasilan Kerpek dan Balai Cerap Negara di Sg Lang.
tazkirah
aktiviti rakan pembaca
sebahagian daripada guru terlibat dalam sesi ceramah
melawat tempat bersejarah di Kg Lobok Pusing
IKS dan Balai Cerap Negara
Para peserta juga berpeluang mendengar ceramah dari seorang tokoh penulis yang tidak asing lagi iaitu Dr Anuar Ridwan. Majlis penutup telah diserpurnakan oleh Timbalan Pegawai Pelajaran Daerah Sabak Bernam Tn Hj Mokhtar bin Manijo. Turut hadir menyerikan majlis penutup program ialah Pengarah MBKM dr Azmi Shukri, Penolong Pengarah Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Selangor Pn Nik Asma Nik Ahmad dan Pengarah Progran Asia foundation En Haziq Hasri.
majlis penutup program di Dewan Tun Abdul Razak
VIP yang hadir menyerikan majlis penutup
Wednesday, September 22, 2010
Lawatan Warga Kerja ILDAS
En Ahmad Syafiq bin Amin, selaku Penolong Pengarah Kanan ( Pengurusan ) bersama dengan beberapa orang Penolong Pengarah, Ketua Pusat Latihan dan beberapa orang staf Institut Latihan dan Dakwah Selangor telah membuat lawatan kerja ke PKG Batu 38. Lawatan tersebut bertujuan untuk berkongsi maklumat, idea dan pengalaman bagi meningkatkan lagi pengurusan 5S di ILDAS.