Monday, March 15, 2010

Pembugaran NILAM

PEMBUGARAN NILAM DAERAH SABAK BERNAM

Budaya membaca telah menjadi elemen penting bagi mencapai sesuatu kejayaan.Tanpa membaca perkembangan ilmu tidak akan berjalan dengan lancar.Malah dalam metodologi perkembangan agama islam sendiri,seruan membaca menjadi suntikan awal kepada Rasulullah saw sebagai permulaan dakwah mengembangkan agama Allah iaitu melalui Surah Al Alaq yang bermula dengan perkataan Iqra” yang bermaksud “ bacalah…… “.

Menyedari hakikat tentang pentingnya tabiat membaca wajar diperluaskan hingga ke peringkat akar umbi,Pejabat Pelajaran Daerah Sabak Bernam dengan kerjasama Pusat Kegiatan Guru Daerah Sabak Bernam dan Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor ( PPAS )Daerah Sabak Bernam telah mengadakana Pelancaran Program NILAM Daerah Sabak Bernam pada 16hb Februari 2009 ( Isnin ) bertempat di Dewan Bestari Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Besar.

Matlamat utama pelancaran NILAM bagi 2009 ini untuk menanam minat membaca di kalangan rakyat Malaysia khususnya murid sekolah seterusnya menjadikan sikap minat membaca sebagai satu budaya di kalangan rakyat Malaysia.

Pelancaran Program NILAM ini telah dirasmikan oleh Pengarah Pelajaran Negeri Selangor iaitu yang Berbahagia Dr.Hj Zahri bin Aziz dan beberapa VIP lain yang turut memeriahkan Pelancaran Program NILAM ini , Pegawai Pelajaran Daerah Sabak Bernam iaitu Pn Shamsiah bt Hj jamaluddin, Ketua Penolong Pengarah BTPN Selangor , Tn Hj Ahmad Dahalan bin Kardi,Pegawai Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor cawangan Sungai Besar,En Haron bin Muhammad.

Program ini mensasarkan penyertaan dari kalangan semua Pengetua dan Guru Besar serta Guru perpustakaan & Media ( GPM ) Daerah Sabak Bernam.Tujuan program ini diadakan untuk member I penerangan dan pengetahuan terbaru berkaitan Pelaksanaan program NILAM di sekolah .Sebenarnya pelaksanaan program NILAM di sekolah dapat membantu dan meningkatkan penguasaan pelajar dalam P & P seterusnya ianya menjadi pemangkin untuk meningkatkan kecemerlangan prestasi akademik.

Dalam majlis ini juga diadakan penyampaian beberapa anugerah iaitu:
Pengurusan NILAM cemerlang 2007/2008 peringkat negeri Selangor -SMK Sungai Besar.
Pengurusan NILAM Daerah Sabak Bernam kategori Sek Rendah -SK Seri Sekinchan
Pengurusan NILAM Daerah Sabak Bernam kategori SekMenengah -SMK Sungai Besar
Tokoh NILAM Sekolah Menengah – Nazzatul Aliah Mohd Zaki & Nurhanani Azura Mashor-SMK SG Besar
Tokoh NILAM Sekolah Rendah – Nur Mawaddah binti Mohd Azhar – SK Seri Sekinchan

Anugerah disampaikan oleh Pengarah Pelajaran Negeri Selangor ,Dr Hj Zahri bin Aziz.Sebelum majlis bersurai,para tetamu diperdengarkan koir lagu NILAM dan Budaya Membaca oleh peserta Koir dari SMK Sungai Besar dan Pengarah telah di bawa melawat ke Perpustakaan SMK Sungai Besar dan sekitarnya.

No comments: