Monday, March 15, 2010

Kem NILAM Daerah sabak Bernam

KARNIVAL NILAM-Daerah Sabak Bernam 2009

Tarikh : 05-07hb Mei 2009

Tempat: Pusat Kecemerlangan Ko Kurikulum Sabak Bernam

Program NILAM (Nadi Ilmu Amalan Membaca ) merupakan satu program galakan membaca yang telah diwajibkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM)mengikut Pekeliling Ikhtisas Bil.13/1998. Sejajar dengan kehendak dan perancangan KPM ,Pusat Kegiatan Guru (PKG )Daerah Sabak Bernam dengan kerjasama Pejabat Pelajaran Daerah Sabak Bernam telah menganjurkan Karnival NILAM bertempat di Pusat Kecemerlangan Ko Kurikulum Sabak Bernam selama tiga hari bermula pada 05hb Mei sehingga 07 hb Mei 2009.

Program ini bertujuan untuk menyemai minat membaca dikalangan para pelajar sekolah disamping memberi pendedahan beberapa kemahiran kepada pelajar bagi mencari tokoh NILAM mewakili Daerah Sabak Bernam ke peringkat Negeri Selangor.

program ini melibatkan seramai 67 orang dari sekolah-sekolah rendah dan menengah daerah Sabak Bernam,terdiri daripada murid-murid tahun 5 dan tingkatan 4 .Selain daripada menekankan kepada bilangan buku yang dibaca,Karnival NILAM ini berhasrat untuk melahirkan pelajar – pelajar yang berketerampilan dan mempunyai bakat kepimpinan,keyakinan diri,keupayaan untuk berhujah dan mengeluarkan pendapat yang bernas.

Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang Karnival NILAM ini ialah aktiviti pengucapan awam, ujian bertulis,ujian lisan,kemahiran maklumat ,jejak maklumat dan persembahankebudayaan .Sepanjang aktiviti dijalankan, para peserta akan dinilai berdasarkan keterampilan diri yang sedia ada bagi penganugerahan tokoh NILAM daerah Sabak Bernam.

Majlis penutupan perasmian Karnival NILAM telah disempurnakan oleh YB Tn Abdul Rahman Bin Bakri , Ahli Parlimen Kawasan Sabak Bernam . Antara ucapan beliau,agar semua pihak dapat memantapkan lagi Program NILAM kerana ia adalah satu-satunya program yang dapat menggalakkan masyarakat khususnya pelajar minat membaca.Beliau juga mengharapkan agar program sebegini dapat diteruskan demi untuk melahirkan masyarakat yang berilmu dan berwawasan dan dapat meningkatkan sahsiah dan akhlak yang baik dikalangan pelajar.Katanya lagi,Program NILAM merupakan wadah anjakan paradigma untuk kecemerlangan pelajar dengan galakan budaya membaca.

Sebelum ucapan perasmian penutupan,terlebih dahulu Penolong Pegawai Pelajaran Daerah,En Mohktar Manijo membuka tirai selaku tuan rumah dan penganjur program telah memberi ucapan alu-aluan.Majlis juga diserikan dengan kehadiran tetamu kehormat itu Pn Nik Asma binti Nik Ahmad ,Penolong Pengarah BTPN Selangor,pengetua/Guru Besar dan Guru Perpustakaan & Media (GPM ). Karnival NILAM telah menunjukan kehebatan dengan melahirkan beberapa calon tokoh NILAM yang bakal mewakili Daerah ke peringkat Negeri.

Anugerah Tokoh NILAM kategori Sekolah Menengah
1. Zalikha bt Zainuddin - SBPI
2. Nurul Husna As Saedah bt Bain - SMKA Simpang 5
3. Mohd Aizat bin Ahmad Zainal - SMK Sungai Besar

Anugerah Tokoh NILAM kategori Sekolah Rendah
1. Nur Nabilah Aula bt Suhaimi - SK Tok Khalifah, Sg Besar
2. Nurul Faizah bt Jamaluddin - SK Seri Sekinchan
3. Siti Nor Amaliah Iskandar bt Mohd Zawawi - SK Batu 38

No comments: