Showing posts with label Aktiviti 2009. Show all posts
Showing posts with label Aktiviti 2009. Show all posts

Monday, March 15, 2010

Jamuan Raya dan Majlis Perpisahan


JAMUAN RAYA 2009 DAN MAJLIS PERPISAHAN

Kemeriahan Syawal masih dirasai walaupun bulan Zulkaedah bakal menjengah. Namun untuk mengambil keberkatan bulan Syawal dan demi menjalin silaturrohim sesame ahli pkg.
Staff PKG Daerah Sabak Bernam telah mengadakan Majlis Sambutan Hari Raya 2009 bertempat di PKG Sabak Bernam pada 17hb Okt 2009.

Suasana menjadi lebih gamat. Dengan keayuan dan keanggunan sebahagian staf menggayakan baju raya yang sedondon bersama keluarga, majlis menjadi lebih indah, ditambah dengan suara gembira anak-anak kecil.






Majlis didahului dengan ucapan pengerusi sdra Mohd Ngasri Hamdani Ketua PTP PKG Pasir Panjang dan bacaan doa oleh Al-Fadil Ustaz Subhan Sulaiman Penolong PTP PKG Pasir Panjang bagi memperolehi keberkatan majlis dari Allah swt. Turut hadir bersama ialah sdra Azmi Sulaiman Guru Cemerlang ICT juga merupakan “sifu” ICt Daerah Sabak Bernam.


bertemu dan berpisah adat manusia biasa...............
Semua Staf mengucapkan tahniah dan mendoakan semuga berbahagia dan bergembira bertugas di tempat baru. Sesungguhnya pemergian beliau adalah satu kehilangan besar kepada PKG Daerah Sabak Bernam amnya dan PKG Batu 38 khasnya.

Majlis diakhiri dengan pemberian duit raya kepada anak-anak staf.

Kem NILAM Daerah sabak Bernam

KARNIVAL NILAM-Daerah Sabak Bernam 2009

Tarikh : 05-07hb Mei 2009

Tempat: Pusat Kecemerlangan Ko Kurikulum Sabak Bernam

Program NILAM (Nadi Ilmu Amalan Membaca ) merupakan satu program galakan membaca yang telah diwajibkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM)mengikut Pekeliling Ikhtisas Bil.13/1998. Sejajar dengan kehendak dan perancangan KPM ,Pusat Kegiatan Guru (PKG )Daerah Sabak Bernam dengan kerjasama Pejabat Pelajaran Daerah Sabak Bernam telah menganjurkan Karnival NILAM bertempat di Pusat Kecemerlangan Ko Kurikulum Sabak Bernam selama tiga hari bermula pada 05hb Mei sehingga 07 hb Mei 2009.

Program ini bertujuan untuk menyemai minat membaca dikalangan para pelajar sekolah disamping memberi pendedahan beberapa kemahiran kepada pelajar bagi mencari tokoh NILAM mewakili Daerah Sabak Bernam ke peringkat Negeri Selangor.

program ini melibatkan seramai 67 orang dari sekolah-sekolah rendah dan menengah daerah Sabak Bernam,terdiri daripada murid-murid tahun 5 dan tingkatan 4 .Selain daripada menekankan kepada bilangan buku yang dibaca,Karnival NILAM ini berhasrat untuk melahirkan pelajar – pelajar yang berketerampilan dan mempunyai bakat kepimpinan,keyakinan diri,keupayaan untuk berhujah dan mengeluarkan pendapat yang bernas.

Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang Karnival NILAM ini ialah aktiviti pengucapan awam, ujian bertulis,ujian lisan,kemahiran maklumat ,jejak maklumat dan persembahankebudayaan .Sepanjang aktiviti dijalankan, para peserta akan dinilai berdasarkan keterampilan diri yang sedia ada bagi penganugerahan tokoh NILAM daerah Sabak Bernam.

Majlis penutupan perasmian Karnival NILAM telah disempurnakan oleh YB Tn Abdul Rahman Bin Bakri , Ahli Parlimen Kawasan Sabak Bernam . Antara ucapan beliau,agar semua pihak dapat memantapkan lagi Program NILAM kerana ia adalah satu-satunya program yang dapat menggalakkan masyarakat khususnya pelajar minat membaca.Beliau juga mengharapkan agar program sebegini dapat diteruskan demi untuk melahirkan masyarakat yang berilmu dan berwawasan dan dapat meningkatkan sahsiah dan akhlak yang baik dikalangan pelajar.Katanya lagi,Program NILAM merupakan wadah anjakan paradigma untuk kecemerlangan pelajar dengan galakan budaya membaca.

Sebelum ucapan perasmian penutupan,terlebih dahulu Penolong Pegawai Pelajaran Daerah,En Mohktar Manijo membuka tirai selaku tuan rumah dan penganjur program telah memberi ucapan alu-aluan.Majlis juga diserikan dengan kehadiran tetamu kehormat itu Pn Nik Asma binti Nik Ahmad ,Penolong Pengarah BTPN Selangor,pengetua/Guru Besar dan Guru Perpustakaan & Media (GPM ). Karnival NILAM telah menunjukan kehebatan dengan melahirkan beberapa calon tokoh NILAM yang bakal mewakili Daerah ke peringkat Negeri.

Anugerah Tokoh NILAM kategori Sekolah Menengah
1. Zalikha bt Zainuddin - SBPI
2. Nurul Husna As Saedah bt Bain - SMKA Simpang 5
3. Mohd Aizat bin Ahmad Zainal - SMK Sungai Besar

Anugerah Tokoh NILAM kategori Sekolah Rendah
1. Nur Nabilah Aula bt Suhaimi - SK Tok Khalifah, Sg Besar
2. Nurul Faizah bt Jamaluddin - SK Seri Sekinchan
3. Siti Nor Amaliah Iskandar bt Mohd Zawawi - SK Batu 38

Pembugaran NILAM

PEMBUGARAN NILAM DAERAH SABAK BERNAM

Budaya membaca telah menjadi elemen penting bagi mencapai sesuatu kejayaan.Tanpa membaca perkembangan ilmu tidak akan berjalan dengan lancar.Malah dalam metodologi perkembangan agama islam sendiri,seruan membaca menjadi suntikan awal kepada Rasulullah saw sebagai permulaan dakwah mengembangkan agama Allah iaitu melalui Surah Al Alaq yang bermula dengan perkataan Iqra” yang bermaksud “ bacalah…… “.

Menyedari hakikat tentang pentingnya tabiat membaca wajar diperluaskan hingga ke peringkat akar umbi,Pejabat Pelajaran Daerah Sabak Bernam dengan kerjasama Pusat Kegiatan Guru Daerah Sabak Bernam dan Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor ( PPAS )Daerah Sabak Bernam telah mengadakana Pelancaran Program NILAM Daerah Sabak Bernam pada 16hb Februari 2009 ( Isnin ) bertempat di Dewan Bestari Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Besar.

Matlamat utama pelancaran NILAM bagi 2009 ini untuk menanam minat membaca di kalangan rakyat Malaysia khususnya murid sekolah seterusnya menjadikan sikap minat membaca sebagai satu budaya di kalangan rakyat Malaysia.

Pelancaran Program NILAM ini telah dirasmikan oleh Pengarah Pelajaran Negeri Selangor iaitu yang Berbahagia Dr.Hj Zahri bin Aziz dan beberapa VIP lain yang turut memeriahkan Pelancaran Program NILAM ini , Pegawai Pelajaran Daerah Sabak Bernam iaitu Pn Shamsiah bt Hj jamaluddin, Ketua Penolong Pengarah BTPN Selangor , Tn Hj Ahmad Dahalan bin Kardi,Pegawai Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor cawangan Sungai Besar,En Haron bin Muhammad.

Program ini mensasarkan penyertaan dari kalangan semua Pengetua dan Guru Besar serta Guru perpustakaan & Media ( GPM ) Daerah Sabak Bernam.Tujuan program ini diadakan untuk member I penerangan dan pengetahuan terbaru berkaitan Pelaksanaan program NILAM di sekolah .Sebenarnya pelaksanaan program NILAM di sekolah dapat membantu dan meningkatkan penguasaan pelajar dalam P & P seterusnya ianya menjadi pemangkin untuk meningkatkan kecemerlangan prestasi akademik.

Dalam majlis ini juga diadakan penyampaian beberapa anugerah iaitu:
Pengurusan NILAM cemerlang 2007/2008 peringkat negeri Selangor -SMK Sungai Besar.
Pengurusan NILAM Daerah Sabak Bernam kategori Sek Rendah -SK Seri Sekinchan
Pengurusan NILAM Daerah Sabak Bernam kategori SekMenengah -SMK Sungai Besar
Tokoh NILAM Sekolah Menengah – Nazzatul Aliah Mohd Zaki & Nurhanani Azura Mashor-SMK SG Besar
Tokoh NILAM Sekolah Rendah – Nur Mawaddah binti Mohd Azhar – SK Seri Sekinchan

Anugerah disampaikan oleh Pengarah Pelajaran Negeri Selangor ,Dr Hj Zahri bin Aziz.Sebelum majlis bersurai,para tetamu diperdengarkan koir lagu NILAM dan Budaya Membaca oleh peserta Koir dari SMK Sungai Besar dan Pengarah telah di bawa melawat ke Perpustakaan SMK Sungai Besar dan sekitarnya.

Bengkel ICT di ILDAS

KURSUS ICT DI ILDAS

Sejajar dengan perkembangan era Teknologi dan Komunikasi( ICT ) yang menjadi asas kepada perlunya peningkatan penguasaan kemahiran komputer, Institut Latihan & Dakwah Selangor
( ILDAS ) telah menganjurkan Kursus Kemahiran Komputer bermula pada 02 hingga 04hb Februari 2009.

Seramai 20 orang peserta terlibat dalam kursus ini yang terdiri daripada Guru-guru Besar Sek Ren Agama, Jabatan Agama Islam Selangor ( JAIS) dari Daerah Sabak Bernam.Objektif kursus ini selain untuk menambah ilmu pengetahuan di kalangan peserta dalam bidang Teknologi,ianya juga bertujuan memberi kemahiran dalam penggunaan komputer bagi memudahkan pengurusan organisasi di sekolah.Ia juga dapat mewujudkan sikap ingin tahu dan mencuba sesuatu yang baru di dalam melahirkan masyarakat islam yang celik IT.Apatah lagi,pada dasarnya bidang Teknologi ini adalah sebenarnya milik orang islam yang sewajarnya perlu di hayati dan di dalami ilmu Teknologi ini.

Pegawai Teknologi Pendidikan PKG Batu 38 iaitu Tn Hj Ghazali bin Ismail dan Pn Siti Norizah telah dijemput oleh pihak pengurusan ILDAS sebagai penceramah dan fasilitator dalam kursus kemahiran komputer .Antara kandungan topik yang diberi pendedahan kepada para peserta dalam kursus ini ialah mengenai pengenalan computer,Asas Komputer,Asas Pemprosesan Perkataan( Word )dan juga Asas Pemprosesan Slaid ( Power point )

Pihak PKG amat berbesar hati di atas kepercayaan yang diberikan oleh pihak ILDAS dalam usaha sama untuk memikul tanggungjawab dan amanah dalam melaksanakan tugas mendidik anak-anak bangsa dengan lebih cemerlang dan berkesan.Mudah-mudahan dengan penganjuran kursus sebegini akan melahirkan guru yang lebih berdedikasi ,ikhlas dan cemerlang dalam menjalankan tugas – tugas harian yang berdaya maju dan berinovasi.

Bengkel Rakan Pembaca

BENGKEL PEMANTAPAN RAKAN PEMBACA

23-24HB. APRIL 2009

KOLEJ KOMUNITI SABAK BERNAM & PKG SABAK BERNAM



Bengkel pemantapan Rakan Pembaca telah diadakan pada 23-24hb April 2009 bertempat di Kolej Komuniti Sabak Bernam dan Pusat Kegiatan Guru Sabak Bernam.Ia mensasarkan kepada Guru Media dan Perpustakaan Daerah Sabak Bernam.Bengkel ini dirancang supaya Guru Media atau Guru yang bertanggungjawab dapat mengendali dan menguruskan pelaksanaan Program NILAM di semua sekolah dengan penuh daya keyakinan, kepimpinan dan kemahiran terutamanya Rakan Pembaca.

Bengkel ini juga bertujuan untuk mendedahkan pelbagai kaedah dan tunjuk cara aktiviti Rakan Pembaca yang akan dijalankan di sekolah supaya ianya dapat membantu Guru Perpustakaan dan Media membimbing para pelajar untuk mempergiatkan aktiviti RP dan seterusnya menambah bilangan markah RP mereka. Dengan ini Guru Media akan dapat menjalankan pelbagai aktiviti pembacaan yang berterusan dalam membantu percambahan penyertaan pelajar dan penggunaan bahan bacaan.

Program Jom ke Perpustakaan

PROGRAM “JOM! KE PERPUSTAKAAN SEMASA CUTI”

TARIKH : 01-12hb Jun 2009

Tempat : Perbadaan Perpustakaan Awam Cawangan Sungai Besar

NILAM (Nadi Ilmu Amalan Membaca ) merupakan satu program galakan membaca yang telah diwajibkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM)mengikut Pekeliling Ikhtisas Bil.13/1998. Sejajar dengan kehendak dan perancangan KPM , Pejabat Pelajaran Daerah Sabak Bernam dengan kerjasama Pusat Kegiatan Guru (PKG )Daerah Sabak Bernam dan Perbadanan Perpustakaan Awam cawangan Sabak Bernam telah menganjurkan program “Jom ! ke Perpustakaan semasa cuti”. Ia merupakan satu program yang Julung kali diadakan sempena percutian pertengahan tahun yang bermula pada 01hb-12hb Jun 2009.

Majlis Pelancaran program diadakan di Perbadanan Perpustakaan Awam Sungai Besar

Program ini melibatkan semua pelajar dari sekolah –sekolah rendah dan menengah daerah Sabak Bernam dengan mendapat kerjasama dari 30 buah perpustakaan desa daerah Sabak Bernam.Ia bertujuan untuk mengisi waktu lapang murid – murid semasa cuti sekolah dengan menggalakkan minat membaca di perpustakaan-perpustakaan desa yang berhampiran, disamping untuk mewujudkan ukhwah dan rakan pintar antara sekolah,Perpustakaan-perpustakaan desa ,Pusat Kegiatan Guru dan Pejabat Pelajaran daerah Sabak Bernam.

Pelancaran program Jom ! ke perpustakaan semasa cuti ini telah disempurnakan oleh Puan Samsiah binti Hj Jamaluddin, Pengarah Pejabat Pelajaran daerah Sabak Bernam,manakala taklimat program telah disampaikan En Halim Bin Ariffin ,Ketua Unit Sektor Akademik.Dalam taklimat ,beliau menjelaskan tentang kepentingan membaca sebagaimana yang terdapat dalam Suarh Al Alaq ayat 1-5 yang mengajar manuasia membaca dan kepentingan membaca.

Pengiktirafan akan diberikan kepada individu-individu terbaik disetiap perpustakaan desa,Kategori perpustakaan desa terbaik dan pembaca terbanyak keseluruhan.Dengan pengitirafan yang diberikan, diharapkan ia dapat menyuntik semangat kepada pelajar untuk mengunjungi perpustakaan-perpustakaan desa yang berhampiran dan dapat mengisi masa yang terluang dengan membaca banyak buku-buku semasa cuti sekolah.

Majlis diserikan dengan penyerahan replika buku program NILAM daripada pelajar SMK Sungai Besar kepada En Harun bin Muhammad ,Penolong Pegawai Perbadanan Perpustakaan Awam Cawangan Sungai Besar untuk diserahkan dan ditandatangani oleh Pn Samsiah Hj Jamaluddin,Pegawai Pelajaran daerah Sabak Bernam,sebagai simbolik pelancaran program “Jom!ke Perpustakaan semasa cuti “.

Majlis Penutup dan penyampaian hadiah-hadiah telah disempurnakan oleh
Tn Hj Ahmad Dahlan bin Kardi
Ketua Penolong Pengarah
Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Selangor



1. Kategori individu terbaik di setiap Perpustakaan Desa.

· sekolah menengah

· Sekolah rendah



2. Kategori Perpustakaan Desa terbaik

· Tempat pertama - ketiga



3. Kategori pembaca terbaik

Keseluruhan

· Tempat pertama-ketiga

(Rendah dan menengah)

4. Sekolah terbaik penglibatan

· 2 sekolah menengah

· 2 sekolah > 250 murid

· 2 sekolah < 250 murid

· 2 sekolah > 500 murid

Bengkel e-bahan

BENGKEL MENGHASILKAN BAHAN BUKAN CETAK PELBAGAI MEDIA

GURU-GURU ERT SEKOLAH MENENGAH ZON PKG BATU 38

18HB -19HB MEI 2009

Masyarakat Melayu sememangnya terkenal dan kaya dengan khazanah termasuk keindahan dan kreativiti dalam seni masak memasak atau penyajian makanan yang enak dan tiada tandingan.Pelbagai jenis makanan tradisional seperti lauk-pauk dan kuih-muih memang terkenal di kalangan orang Melayu dari pelbagai negeri di Malaysia,.Di Selangor contohnya terkenal dengan masakan Lontong dan pecalnya,di Terengganu terkenal dengan masakan Nasi dagangnya,di Negeri Sembilan terkenal dengan masakan asam pedas,Perak terkenal dengan tempoyak,dan begitulah dengan lain-lain negeri masing-masing mempunyai makanan tradisional tempatan yang sangat unik.

Menyedari hakikat ini,Pkg Batu 38 telah mengadakan satu bengkel khas bagi menghasilkan koleksi resepi- resepi masakan tradisional melayu dengan tujuan untuk mengekalkan dan memperkenalkan resipi masakan Melayu, terutama kepada generasi muda.Objektif utama bengkel ini adalah untuk menggalakkan peserta mengenal pasti kategori masakan-masakan tradisional setiap negeri di Malaysia,memberi kemahiran peserta memuat turun resepi-resepi tradisional melalui internet dan menghasilkan koleksi resepi-resepi masakan tradisional melayu.

Peserta bengkel merupakan guru –guru Ekonomi Rumah Tangga (ERT) sekolah –sekolah menengah bagi zon PKG Batu 38.Peserta telah diberi taklimat dan penerangan cara untuk mengakses maklumat melalui laman web-laman web yang boleh di explore dari internet.Peserta bengkel telah dibahagikan kepada 3 kumpulan dan setiap kumpulan perlu mencari maklumat atau bahan berdasarkan tajuk yang diberikan iaitu resepi kuih-muih tradisional melayu, resepi lauk –pauk tradisional melayu, resepi nasi dan mee .

Bengkel ini mendapat sambutan yang menggalakkan dari GPM kerana ia sedikit sebanyak dapat membantu dalam Pengajaran & Pembelajaran disamping dapat mempelbagaikan koleksi bahan khususnya dalam subjek ERT.

Anugerah Cemerlang Pengurusan

Hari Kecemerlangan BTPN Selangor

Anugerah Kecemerlangan Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Selangor telah diadakan pada 22hb Oktober 2009 bersamaan hari Khamis bagi menghargai kesungguhan dan ketekunan Staff BTPNS dan PKG ke arah kecemrlangan Organisasi.

Bertempat di Hotel Crystal Crown Harbour View,Pelabuhan Klang,kali ini majlis Anugerah Kcemerlangan BTPNs 2009 diadakan hanya sehari sahaja berbanding tahun-tahun sebelumnya. Namun kemeriah tetap dirasai oleh semua staff BTPNS dan PKG Negeri Selangor.

Dirasmikan oleh Pengarah Pendidikan Negeri Selangor, tirai dilabuh sebagai tanda bermulanya majlis yang berprestij ini.

Pelbagai anugerah disediakan,antara lain seperti Anugerah PSS Cemerlang, Pusat Akses Cemerlang, Pengurusan NILAM Cemerlang peringkat sekolah dan PPD, TOKOH NILAM juga Anugerag PKG Cemerlang.

Apa yang menjadi penantian bagi Staf PKG ialah pengumuman Anugerah PKG Cemerlang Negeri Selangor. Bagai dicita Ulam mendatang”,cbuat kali kedua berturut-turut PKG Batu 38 telah diumumkan sebagai PKG Cemerlang 2009 bagi kategori PKG berbangunan. Individu yang paling gembira ialah Tn Hj Ghazali bin Ismail selaku peg PKG Batu 38 yang sebenarnya tidak menyangka ia akan menerima trofi dan sijil Kecemerlangan buat kali kedua. Tahniah.

Antara PKG lain yang menerima anugerah PKG Cemerlang ialah bagi kategori PKG Berbangunan ialah PKG Sungai Besar , PKG Kuala Selangor, PKG Tg Karang, PKG Salak dan PKG Batu Laut. Sementara Kategori PKG Berbangunan Sementara ialah PKG Sg Air Tawar, PKG Jalan Meru, PKG Kuala Kubu Bharu, PKG Kajang dan PKG Hulu Kelang. Tahniah!!! Sama-sama terus meningkatkan kecemerlangan PKG bagi tahun-tahun akan datang.

Saturday, March 13, 2010

Mesyuarat AJK Pengurusan 2009-2011