Monday, March 15, 2010

Program Jom ke Perpustakaan

PROGRAM “JOM! KE PERPUSTAKAAN SEMASA CUTI”

TARIKH : 01-12hb Jun 2009

Tempat : Perbadaan Perpustakaan Awam Cawangan Sungai Besar

NILAM (Nadi Ilmu Amalan Membaca ) merupakan satu program galakan membaca yang telah diwajibkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM)mengikut Pekeliling Ikhtisas Bil.13/1998. Sejajar dengan kehendak dan perancangan KPM , Pejabat Pelajaran Daerah Sabak Bernam dengan kerjasama Pusat Kegiatan Guru (PKG )Daerah Sabak Bernam dan Perbadanan Perpustakaan Awam cawangan Sabak Bernam telah menganjurkan program “Jom ! ke Perpustakaan semasa cuti”. Ia merupakan satu program yang Julung kali diadakan sempena percutian pertengahan tahun yang bermula pada 01hb-12hb Jun 2009.

Majlis Pelancaran program diadakan di Perbadanan Perpustakaan Awam Sungai Besar

Program ini melibatkan semua pelajar dari sekolah –sekolah rendah dan menengah daerah Sabak Bernam dengan mendapat kerjasama dari 30 buah perpustakaan desa daerah Sabak Bernam.Ia bertujuan untuk mengisi waktu lapang murid – murid semasa cuti sekolah dengan menggalakkan minat membaca di perpustakaan-perpustakaan desa yang berhampiran, disamping untuk mewujudkan ukhwah dan rakan pintar antara sekolah,Perpustakaan-perpustakaan desa ,Pusat Kegiatan Guru dan Pejabat Pelajaran daerah Sabak Bernam.

Pelancaran program Jom ! ke perpustakaan semasa cuti ini telah disempurnakan oleh Puan Samsiah binti Hj Jamaluddin, Pengarah Pejabat Pelajaran daerah Sabak Bernam,manakala taklimat program telah disampaikan En Halim Bin Ariffin ,Ketua Unit Sektor Akademik.Dalam taklimat ,beliau menjelaskan tentang kepentingan membaca sebagaimana yang terdapat dalam Suarh Al Alaq ayat 1-5 yang mengajar manuasia membaca dan kepentingan membaca.

Pengiktirafan akan diberikan kepada individu-individu terbaik disetiap perpustakaan desa,Kategori perpustakaan desa terbaik dan pembaca terbanyak keseluruhan.Dengan pengitirafan yang diberikan, diharapkan ia dapat menyuntik semangat kepada pelajar untuk mengunjungi perpustakaan-perpustakaan desa yang berhampiran dan dapat mengisi masa yang terluang dengan membaca banyak buku-buku semasa cuti sekolah.

Majlis diserikan dengan penyerahan replika buku program NILAM daripada pelajar SMK Sungai Besar kepada En Harun bin Muhammad ,Penolong Pegawai Perbadanan Perpustakaan Awam Cawangan Sungai Besar untuk diserahkan dan ditandatangani oleh Pn Samsiah Hj Jamaluddin,Pegawai Pelajaran daerah Sabak Bernam,sebagai simbolik pelancaran program “Jom!ke Perpustakaan semasa cuti “.

Majlis Penutup dan penyampaian hadiah-hadiah telah disempurnakan oleh
Tn Hj Ahmad Dahlan bin Kardi
Ketua Penolong Pengarah
Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Selangor



1. Kategori individu terbaik di setiap Perpustakaan Desa.

· sekolah menengah

· Sekolah rendah



2. Kategori Perpustakaan Desa terbaik

· Tempat pertama - ketiga



3. Kategori pembaca terbaik

Keseluruhan

· Tempat pertama-ketiga

(Rendah dan menengah)

4. Sekolah terbaik penglibatan

· 2 sekolah menengah

· 2 sekolah > 250 murid

· 2 sekolah < 250 murid

· 2 sekolah > 500 murid

No comments: