Thursday, April 29, 2010

Cikgu vs Guru

Cikgu Kena Masuk Kelas

Masuk Kelas Kena Mengajar

Mengajar Kena Berkesan


dr Zahri Adziz
Mantan Pengarah
JPN Selangor

EGO


1. Diberi jawatan rasa terhibur
2. Tidak dilantik, rasa tidak tenang
3. Kalau dia sorang pemimpin, arahannya selalu kasar
4. Kalau dia pengikut, payah mahu taat
5. Emosional dan mudah tersinggung
6. Suka berkawan dengan orang bawahan supaya dirinya nampak lebih

tertonjol daripada orang lain
7. Mudah marah, cepat melenting
8. Payah menerima pandangan orang lain
9. Dalam majlis, tidak senang bila orang lain memberi pandangan
10. Dalam majlis, mudah memotong cakap orang lain
11. Suka memperkenalkan diri sendiri daripada memperkenalkan pemimpin dan
jemaah
12. Suka pandangannya sahaja diterima
13. Lebih berminat berkawan rapat dengan orang lain daripada anggota jemaah agar

terserlah kesempurnaan dirinya
14. Tidak senang kemajuan tercetus di tangan orang lain
15. Bercakap selalu dengan suara tinggi dan tidak boleh dicabar pasti tercabar


AKU DI MANA DAN SIAPA AKU ......

Hari Guru

Tarikh 16 Mei dipilih sebagai HARI GURU kerana pada tarikh yang sama dalam tahun 1956, Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative Council) telah menerima cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report of the Education Committe) sebagai dasar pelajaran bagi negara kita. Dokumen tersebut yang dikenali sebagai LAPORAN RAZAK (Razak Report)telah menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan semenjak tarikh itu.

OBJEKTIF HARI GURU

  • Menitikberatkan peranan guru dalam pembinaan kebangsaan (termasuk perpaduan dan integrasi), pembangunan negara dan perkhidmatan kepada masyarakat.
  • Menarik perhatian ibu bapa, murid dan orang ramai kepada peranan penting kaum guru dalam masyarakat Malaysia.
  • Memupuk perasaan perpaduan iktisas dan muhibah antara guru.
  • Meninggikan martabat dan taraf guru dalam masyarakat.
  • Memberi peluang untuk memajukan kecekapan guru melalui seminar-seminar, persidangan-persidangan dan sebagainya yang diadakan pada Hari Guru.
  • Menilai secara objektif peranan guru dengan berlatarbelakangkan Malaysia dan mengambil langkah-langkah supaya peranan itu lebih berkesan.

Wednesday, April 28, 2010

IKRAR GURU

Ikrar Guru Malaysia

Bahawasanya kami
Guru-guru negara Malaysia
Dengan ini berikrar
Mendukung terus cita-cita kami
Terhadap tugas kami
Dan menyatakan keyakinan kami
Pada cita-cita murni pekerjaan kami.

Kami akan berbakti
Kepada masyarakat
Dan negara kami.

Kami sentiasa menjunjung
Perlembagaan negara
Kami mengamalkan
Prinsip-prinsip Rukun Negara
Pada setiap masa.

Tema Hari Guru ...........

2009
Guru Pembina Negara Bangsa
2008
Guru Cemerlang Negara Terbilang
2007
Guru Penjana Modal Insan Gemilang
2006
Pendidikan Bestari Pemangkin Kegemilangan
2005
Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan
2004
Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan
2003
Guru Berkualiti Aspirasi Negara
2002
Guru Berkualiti Aspirasi Negara
2001
Memartabatkan Profesion Keguruan Tanggungjawab Bersama
2000
Bersatu Memartabatkan Profesion Keguruan
1999
Guru Berkesan Pendidikan Cemerlang
1998
Guru Penyemai Tanggungjawab Bersama
1997
Guru Bestari Sekolah Bestari
1996
Guru Malaysia Dan Pendidikan Bertaraf Dunia
1995
Permuafakatan Dan Perpaduan Menjayakan Wawasan
1994
Guru Inovatif Dan Kreatif Menjayakan Wawasan
1993
Guru Inovatif Dan Kreatif Menjayakan Wawasan
1992
Guru Cemerlang Teras Kejayaan Wawasan
1991
Ke Arah Pendidikan Cemerlang
1990
Pendidikan Bermutu Masyarakat Sejahtera
1989
Guru Pembina Budaya Ilmu
1988
Guru Pengasas Budaya Membaca
1987
Pendidikan Ke Arah Kesejahteraan Insan
1986
Pendidikan Teras Nasionalisme
1985
Guru Dan Masyarakat Asas Kesejahteraan Pendidikan
1984
Kepimpinan Berteladan Kesempurnaan Pendidikan
1983
Kepimpinan Berteladan Teras Pendidikan
1982
Ke Arah Kecekapan Guru Dan Pendidikan Bermutu
1981
Pengorbanan Guru Kejayaan Rakyat
1980
Pendidikan Teras Perpaduan Rakyat
1979
Murid Sejahtera Negara Jaya
1978
Guru Pembentuk Generasi Akan Datang
1977
Dedikasi Dan Disiplin Asas Kemajuan Pendidikan
1976
Pendidikan Moral Dalam Zaman Kemajuan
1975
Guru Dan Pembangunan Negara
1974
Peranan Guru Dalam Zaman Sains Dan Teknologi
1973
Kerjasama Ibu Bapa Untuk Kemajuan Pendidikan
1972
Peranan Guru Dalam Pembangunan Negara

Ceriakan Diri anda...

7 tips untuk ceria.

1. katakan pada diri-’aku ceria’ berkali-kali. masuk dalam bilik air dengan doa dan kaki kiri kemudian cakap kuat pada diri tatkala sedang ber’shower’- aku ceria. aku orang yang ceria. aku menceriakan orang lain. -air akan merakamkan semangat ceria itu dan menyeliputi diri sebagaimana dia membasahkan tubuh kita.

2. niatkan dalam hati ketika sedang berbaring untuk tidur-esok aku adalah orang yang ceria dan menceriakan orang lain. mengucap dan berselawat. akhirkan dengan membaca 3 kali surah al-ikhlas.(sama seperti membaca 1 al-quran)

3. maafkan diri sendiri. maafkan orang lain. doa supaya orang lain maafkan kita.

4. tarik dan hembus nafas dalam-dalam sambil masukkan rasa syukur dan buangkan rasa amarah, hasad dengki, tamak haloba dan semua sifat mazmumah. buang satu persatu dengan teknik visualisasi. contohnya, tarik nafas, masukkan rasa syukur kemudian hembus nafas, bayangkan hasad keluar dan seterusnya.

5. senyum selalu. kata pada diri, aku ceria, lahirkan pada wajah, senyum seikhlasnya. rasakan senyum itu datang dari hati. lihat perubahan pada wajah, otomatik, wajah akan bertukar jadi manis dan berseri-seri. hati serta -merta jadi tenang. masukkan terus rasa syukur. cubalah. rasakan perubahannya.

6. berbuat baik dan berkata yang baik-baik. jangan sekali-kali berfikir buruk pada orang lain apatah lagi mengeluarkan pendapat itu melalui kata-kata.(mengumpat). ingatlah. what goes around comes around.

7. sayangilah orang lain. sifat penyayang akan mengundang rasa sayang yang dilangit kepada kita., ucapkan doa terutama ketika basuhan kedua membasuh muka semasa berwudhu’- wa nur yusufa wajhi man roani yuhibbuni ( cahaya yusuf di wajahku, sesiapa yang melihatku akan mengasihiku).

Tuesday, April 27, 2010

Maklumat yang perlu ada dalam Portal Web Sekolah






Cara Bina Blog Menggunakan Blogspot



Pelbagai cara boleh digunakan untuk mebina sesebuah laman blog sendiri samada menggunakan blogspot, wordpress, drupal, thumblogger dan banyak lagi. Kali ini saya terangkan bagaimana untuk mebina blog anda sendiri menggunakan blogspot.

Blogspot ini adalah salah satu perkhidmatan blog yang disediakan secara percuma oleh Google.Bagi memudahkan anda sila daftar keahlian anda dengan Google terlebih dahulu dengan mendaftarkan akaun dengan Gmail.

1. Jika anda belum ada akaun Gmail. Sila klik di sini untuk mendaftarkan akaun Gmail.Tetapi jika ada sudah memilikki Gmail akaun teruskan membaca tutorial di bawah.

2.Setelah mempunyai Gmail akaun sila klik di sini untuk membina akaun blog anda pula.

3. Klik "create your blog now".

4.Sila penuhkan maklumat yang diminta. Untuk e-mail address saya menggalakkan anda menggunakan e-mail gmail anda tadi. Lengkapkan borang ini dan klik tick pada "term of service" dan klik "continue".



5.Masukkan nama blog anda, masukkan juga blog url anda (semak dulu url samada telah digunakan atau belum dengan klik "check availability" jika masih belum digunakan klik "continue".


























Friday, April 23, 2010

Keterangan logo 1 Malaysia


Melambangkan visi negara iaitu untuk mewujudkan satu masyarakat yang berpadu dan mempunyai semangat cintakan negara berpandukan Perlembagaan Negara dan Rukun Negara.

Mencerminkan rakyat Malaysia yang saling bekerjasama, bermuafakat, berdikari, berfikir dan menghayati satu visi untuk membina satu Negara Bangsa.

Sistem Pemantauan Penggunaan ICT Sekolah (SPPICTS)


-Maklumat terkini pengisian dalam Sistem Pemantauan Penggunaan ICT Sekolah (SPPICTS).

-Terima kasih kepada Sekolah Ahli kerana memberi kerjasama bagi mengisi data tersebut sehingga sempurna.

Sekian Terima Kasih...

RUJUKAN LAMAN WEB

http://ssqs.moe.edu.my/ssqs

ATAU

http://pnp.moe.edu.my/ssqs

ATAU

http://rnd.moe.edu.my/ssqs

Thursday, April 22, 2010

PROJEK EMAIL SEKOLAH

Selamat Datang ke Projek Email Sekolah

1Email 1Sekolah 1Selangor 1Malaysia


Selamat Datang ke projek email sekolah Negeri Selangor. Projek email ini adalah untuk menyatukan semua email dibawah satu bumbung untuk memudahkan urusan pihak JPN, PPD, BTPN Selangor serta PKG secara keseluruhannya. Pringkat pertama projek ini melibatkan BTPN Selangor dan PKG dan akan diperluaskan ke sekolah-sekolah sebelum 26hb April 2010 ini.



Secara asasnya projek ini menggunakan kemudahan google Apps Educations pakage menyatukan sistem email dan meningkatkan storan daripada moe 1 Gigabyte kepada 7 Gigabyte simpanan. Kemudahan carian dan menghantar email dengan mudah turut menjadi pilihan adaptasi program ini.

Wednesday, April 14, 2010

Sahsiah Guru

Tidak diragukan lagi bahawa guru yang mempunyai keperibadian yang baik akan meninggalkan kesan yang positif dalam diri anak didik mereka.
Sifat & ciri guru muslim merangkumi

a) sifat rohaniah - keimanan yang kenatl kepada Allah swt. - keimanan kepada hari akhirat, hari pembalasan & aeluruh para Rasul - sifat-sifat keimanan asas yang lain.

b) sifat-sifat akhlak - benar & jujur - menepati janji - amanah - ikhlas dalam perkataan dan perbuatan - merendah diri - sabar, tabah & cekal - pemaaf & toleransi - menyayangi murid, mementingkan orang lain, pemurah, zuhud & qanaah

c) sifat mental, kewajipan & jasmani

* sifat mental - cerdas (kepintaran teori, amali & sosial) - menguasai mata pelajaran takhassus - luas pengetahuan am - cenderung kepada pelbagai bidang akliah, & ilmiah yang sihat - mengenal ciri, watak, kecenderungan & keperluan murid - fasih, bijak & petah dalam penyampaian

* sifat kejiwaan - sifat tenang & emosi yang mantap - optimistik dalam hidup (penuh harap kepada Allah & tenang jiwa mengingatiNya) - kepercayaan kepada diri & mempunyai kemahuan yang kuat - bersifat lemah lembut & baik dalam pergaulan - berfikiran selesa & boleh menyesuaikan diri dalam masyarakat

* sifat fizikal - sihat tubuh badan & terhindar dari penyakit - berperawakan cantik/tampan, kemas dan bersih

Tuesday, April 13, 2010

Makmal Komputer


Guru Oh Guru


BERBURU ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
(dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.



USMAN AWANG
1979